update sebelum tidur..
hehe..
oleh sebab hari ni member semua tumbang-syahid-tidur-awal,
aku nak cerita pasal gelombang otak..
eh, apa kaitan r?
hahaha..
"kita sahabat dunia akhirat... hati kena bersatu..." i liiiiikkkkeee this..(: |
sebenar nye tadi aku borak2 ngan sorang member yang belum syahid lagi..
kat dalam skype group kami tu..
pelik juga malam ni senyap jer..
selalu nye riuh..
aku kata dorang semua dah dalam gelombang alpha..
tidur la tu..
haaa..
dari situ la timbul nye idea nak cerita pasal gelombang otak ni..
meh kaji pasal otak meh..
^^~
Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:
1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)
3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)
3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
Frekuensi Otak
Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).
1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.
Tahap fikiran di frekuensi ini
merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan
apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika
itu.
Jika kita memberi arahan kepada mereka
yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih
dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar
untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang
berada di frekuensi ini.
Sebab itu ketika kita ingin menasihati
seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di
dalam keadaan beta.
Contoh yang jelas adalah ketika saudara
mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum
menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika
ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum
melakukan sesuatu.
2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.
Di tahap ini, kita hanya boleh menerima
tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan
akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk
pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.
Tahap ini mempunyai kebaikan dan
keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke
fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat
kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran
anak kita dan terus diingati.
Jika kita berada di frekuensi ini, kita
berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan
berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.
Contoh yang jelas adalah ketika kita
sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar
gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa
kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.
Keburukan
di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang
yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di
pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.
Kemudian
apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk
berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak
cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas
sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit
saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.
Pastikan
saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada
di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan
terjaga.
3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.
Jika frekuensi Alpha, kita hanya
menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas.
Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir
apatah lagi untuk memberi tindak balas.
Ketika ini, kita tidak sedar apa yang
berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara.
Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada
Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.
Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat
yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja
disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya
sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.
Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di
dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur
mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun
mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.
Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.
Orang yang selalu bersolat di pertiga
malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa
CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas
dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang
sering melakukan tafakur cara Islam.
Penutup
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau
dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan
dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.
Sebab itu, apabila kita mampu untuk
berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di
tahap khusyuk ketika solat.
Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.
Komunikasilah dengan Allah agar kita
dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki.
Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan
100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.
Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.
artikel kajian ini dicilok dari sini..
hikss..
p/s: nama kelas aku time sekolah dulu2 untuk menengah atas adalah alfa, beta, delta, dan lain2 lagi..hehe..kaitan? nama jep yang sama dengan gelombang2 tu..kekeke..;p
p/s: nama kelas aku time sekolah dulu2 untuk menengah atas adalah alfa, beta, delta, dan lain2 lagi..hehe..kaitan? nama jep yang sama dengan gelombang2 tu..kekeke..;p
No comments:
Post a Comment
kamsahamnida reader-ssi ^.-