salam aidiladha pada semua umat islam!!!
=)
actually aku tak ada idea nak tulis apa..
nampak sangat aku ni kurang ilmu bab2 agama nih..
huhu..
jadi aku pun pegilah korek2 kat iluvislam.com..
dan aku nak share2 apa yang aku jumpe kat situ..
meh baca meh..
^^~
*
*
*
*
Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan
saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari
Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir,
bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan
dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah
nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.
Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah
Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia
sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang
menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak
terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :
"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu
dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu
dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan
kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )
Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat
Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji
itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan
sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.
Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram
Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah
diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai
perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan
Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah
diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan
kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah
Al-Haram.
Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah
dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah
tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan
suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban
liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan
peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan
peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar
ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t.
Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang
bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan
sekeliling kaabah.
Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك "
berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang
tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung.
Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di
hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur
Ilahi .
Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah.
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah." ( Surah
al-Nasr : 1-3 )
Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya
dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar
dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam
hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas
Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di
samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari
tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci
menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi
mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah
haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak."
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan
ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada
sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat
dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada
sekutu bagimu."
Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah
korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala.
Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan
tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu
dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.
Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda
hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung
dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak
kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia
yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya
mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan
tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut
perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :
"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur
yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim
berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam
mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?
Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan
kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang
bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung
perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim
dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta
kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud
mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas
orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah
ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan
seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat :
102 - 107)
Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera
Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut
memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental
yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan
sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi
kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari
Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan
mendapat penilaian di sisinya.
Pengorbanan Sepanjang Zaman
Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan
sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi
menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan
yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam
bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah
mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama
daripada pergorbanan nyawa dan darah.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus
mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah
sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama
Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya
pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya
Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku
tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab
seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan
harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik
bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
(Surah al- Shaf : 10 - 11)
Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :
Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah
manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. "orang yang
lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri
dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Sabda Rasulullah
s.a.w. "orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada
Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ".
(Hadis Riwayat Bukhari)
Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan
pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :
"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian
tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi
kosong."
Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga
Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak
dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan
nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang
berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan
pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan
sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan
harta benda dan apa sahaja yang berharga.
Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :
"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."
Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang
berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi
untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman
Allah s.w.t. :
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai
Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi
sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan
(sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan
engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." (Surah Az-Zumar
: 65)
Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan
Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan
pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri,
tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan
kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan
seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan
bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur,
kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar
perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah
buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.
"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal
yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga
yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi
orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada
masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan
orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah
ali - Imran : 133-134 )
Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan
pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha
ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam
kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.
p/s: dapat sumthing tak?hehe..(=
No comments:
Post a Comment
kamsahamnida reader-ssi ^.-