Into My World: penting
Showing posts with label penting. Show all posts
Showing posts with label penting. Show all posts

Friday, 1 July 2011

Say 'NO' to LEGGING!!!!


Kempen LeggingPakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.

Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.

Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.

Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar-gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.






update 05/07/2011: blog 'ini' yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/. sebarang kekeliruan amat dikesali.


Friday, 10 December 2010

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

dalam pada mengoogle berkenaan novelis islamik bersama atuk google,
aku pun terjumpa lah artikel ini di sini..
ingin aku share kan bersama-sama kalian sebagai panduan dan peringatan..
kalau ada yang ikut nasihat ni,untung2 dapat jugak saham pahala kerana menyebarkan kebaikan..
pergh..
kelihatan nye over di situ ye kawan2..
kekeke..
kiddin..
jum layan..
menarik nih.. ;D



jasa baik atuk google ^^~


Berikut adalah nasihat2 berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1) Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan 'si dia'.

2) Bercintalah kamu dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

3) Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik 'si dia'.

4) Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariat-Nya.

5) Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kamu diijabqabulkan.

6) Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7) Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.

8) Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9) Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10) Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagian darimu.




p/s: Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang, namun ada kemungkinannya ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


Sumber: iluvislam.com





***************************************



Sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri… tanyalah diri masing-masing… Cintakah kita kepada si dia? Apakah kita sudah layak dianggap sudah mencintai-Nya dan Rasul-Nya? Sebesar manakah cinta kita kepada Dia dan Rasul-Nya? Adakah kita sudah layak mengakui bahawa kita amat cintakn Dia dan Rasul-Nya? Kalau kita masih belum layak, maka sedarilah hakikat bahawa kita juga masih belum boleh mengakui cinta kita kepada si dia…

Tidak dinafikan, soal perasaan memang agak sukar nak ditahan. Semakin kuat kita menahannya, semakin banyak dugaan yang datang. Sentiasalah ingatkan diri, mana mungkin mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, dan mana mungkin mencintai diri sendiri andai belum mendapat cinta Ilahi… Semoga kita semua dijauhkan daripada cinta yang palsu… Carilah cinta Allah, kerana dengan mencintai Allah, kita akan dapat mencintai makhluq-Nya juga. InshaAllah…

Sahabatku… ALLAH memujukmu, at-toyyibaat littoyibiin (an-Nuur:26)... Wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya… Telah tercatat seungkap nama lelaki/ perempuan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan sejauh mana ketinggian peribadimu. Oleh itu jika kamu thabat di atas jalan ALLAH, inshaALLAH, si dia turut di jalan yang sama.. Lupakanlah segala kegundahan, teguhkanlah diri kepada cinta hakiki, nescaya cinta lelaki/perempuan soleh/solehah akan turut kamu miliki... Ingatlah.. ALLAH menyayangimu… senyum dan bersabarlah kamu pada sinar yang menantimu di masa hadapan...

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, janganlah sibukkan diri kita dengan hal-hal yang sudah pasti (jodoh pertemuan ajal maut)… tetapi sebaliknya sibukkanlah diri kita dengan hal yang masih belum pasti (akhirat)… Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya… aamiiiin…







aku tak pandai nak mengulas..
jadi aku pinjam ayat orang..
hehe..


p/s: masih kekurangan..

Wednesday, 8 December 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

buat kaum hawa..
peringatan untuk diri sendiri juga.. (:


sekadar hiasan, carian atuk google..


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubung kait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa,
semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing,
jangan keluar berseorangan,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam…



source : here



p/s: sedang mencuba..


Saturday, 4 December 2010

Panduan bersahabat


pic taken here


Imam Syafie punya nasihat pasal panduan bersahabat..
jom scroll...



sahabat yang baik..
- aku mencintai sahabat2 ku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan dengan ku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau pun setelah aku mati. 
- aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka atau pun duka. jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. 
- kuhulurkan tangan kepada sahabat2 ku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. 
- semakin banyak aku perolehi sahabat , aku semakin percaya pada diri.


mencari sahabat di waktu susah..
- belum pernah kutemukan di dunia ini  seorang sahabat yang setia dalam duka. 
- padahal dalam hidup ku sentiasa beputar-putar antara suka dan duka. 
- kalau suka melanda aku sering bertanya, "siapakah yang sdui menjadi sahabat ku?" . 
- dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


menghormati orang lain..
- barang siapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. 
- begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan. 
- barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. 
- begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


menghadapi musuh..
- ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hati ku lega, jiwa ku bebas dari bara permusuhan. 
- ketika musuh ku lewat di hadapan ku, aku sentiasa menghormatinya. 
- semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diri ku dari kejahatan. 
- aku tampakkan keramahan ku, kesopanan ku dan rasa persahabatan ku kepada orang2 yang aku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang2 yang ku cintai.


*manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.
padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


#nasihat dipetik daripada tabloid iluvislam 3-9 dis 2010


this pic too taken here


belum lagi aku jumpa kawan yang semacam asiah yusra [tautan hati]..
yang betul2 ingin membawa kawan2 nya mengenal Allah dengan lebih dekat..
mencintai Allah lebih daripada yang lain..

tapi kawan susah senang aku insyaAllah dah jumpa.. :)
korang2 la kawan2 aku!!! ^^~

cuma tinggal kami memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik daripada sekarang..
semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya..
insyaAllah ameen..


p/s: "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara." (surah al-Hujarat ayat 10)


Friday, 26 November 2010

Brain wave

update sebelum tidur..
hehe..
oleh sebab hari ni member semua tumbang-syahid-tidur-awal,
aku nak cerita pasal gelombang otak..
eh, apa kaitan r?
hahaha..

"kita sahabat dunia akhirat... hati kena bersatu..." i liiiiikkkkeee this..(:


sebenar nye tadi aku borak2 ngan sorang member yang belum syahid lagi..
kat dalam skype group kami tu..
pelik juga malam ni senyap jer..
selalu nye riuh..
aku kata dorang semua dah dalam gelombang alpha..
tidur la tu..
haaa..
dari situ la timbul nye idea nak cerita pasal gelombang otak ni..
meh kaji pasal otak meh..
^^~


Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:
1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)


Frekuensi Otak

Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).


1. Sedar (Beta: 15-30Hz)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.


2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran anak kita dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.
Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.
Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.


3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)

Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.

Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.


4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
 
Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.

Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.


Penutup
 
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.

Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.


artikel kajian ini dicilok dari sini..
hikss..



p/s: nama kelas aku time sekolah dulu2 untuk menengah atas adalah alfa, beta, delta, dan lain2 lagi..hehe..kaitan? nama jep yang sama dengan gelombang2 tu..kekeke..;p

Sunday, 21 November 2010

Makanan yang dilarang bagi pengantin baru perempuan

artikel menarik yang aku jumpa kat blog zairul.
dia post lama sudah..
hurm..
kebetulan lak kawan aku merangkap jiran sebelah rumah *selang beberapa buah rumah..tapi consider jiran sebelah rumah gak la kan?;D* baru jer melangkah ke alam perkahwinan ni..
so aku nak share la sikit pasal makanan untuk pengantin baru ni..
kenapa dan mengapa ianya dilarang..
mesti ada sebab musabab dia kan?
kebetulan lagi, kawan aku ni perempuan..
aku panggil dia syikin..
tapi yang nama atas kad jemputan*g jenguk post sebelum ni kt sini* tu nama dia jugak..hehe..
so, insyaAllah dia boleh pakai petua ni..
*tapi dia baca belog aku ker?hehehe..tak apa la..dia tak baca pun,mungkin akan ada bakal or pengantin baru yang lain baca..ye tak? ;p*

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?". Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)". Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna."

"Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



p/s: aku bakal pengantin gak..kekeke..tapi seploh(10) tahun akan datang kot *tapi aku nak kahwin umur 25 boleh?*..nak jugak dia :p

i - bunga telur: masa mak syikin bagi, dia kata "semoga nanti terkenan kat nawal pulak..". aku "erk..". speechless =.="
ii - muffin: aku lupa nak bawak..tertinggal atas meja masa bersiap nak naik kereta..ingatkan nak makan time kat dalam bas..huhu.. :(

Wednesday, 17 November 2010

Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan

salam aidiladha pada semua umat islam!!!
=)

actually aku tak ada idea nak tulis apa..
nampak sangat aku ni kurang ilmu bab2 agama nih..
huhu..
jadi aku pun pegilah korek2 kat iluvislam.com..
dan aku nak share2 apa yang aku jumpe kat situ..
meh baca meh..
^^~
*
*
*
*



Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara  kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :
"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada),  lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram
Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang  Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.

Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang  dan  peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang  dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.

Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah  besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat  menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak."
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :
"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman
Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka.  Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :
Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. "orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Sabda Rasulullah s.a.w. "orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :
"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong."

Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga
Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :
"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan   pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang  yang rugi." (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan
Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya  Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.



p/s: dapat sumthing tak?hehe..(=

Sunday, 14 November 2010

Bagaimana Bercouple Cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.




p/s: 'tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku'..

Thursday, 11 November 2010

Please please please......

"Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?"
aik,tetibe en3 start ngan persoalan ni pulak..
eheh..
kaitan ngan tajuk pulak?
hurm..
scroll ke bawah jom! ^____^
 
al kisah nye..
saya jumpa blog puan insyirah dari blog teratai biru..
saya tertarik dengan tajuk en3 terbaru dari blog puan insyirah yang bertajuk 'cetusan seorang insyirah'..
lepas baca en3 tu, then saya pun godek2 la blog puan..
saya baca 'catatan kembara iman'..
en3 tu menarik pula..
jadi saya kongsikan dengan kawan2 saya yang lain di skype..
*skype group..dalam tu ade dalam 9 orang member..*
saya kongsikan dengan tujuan baik ye..hehe..
moga2 boleh jadi pendorong andai diri terjatuh..



lepas beberapa ketika, kawan2 saya memberi respon kat link yang saya letak tu..
tapi ada sorang mamat a.k.a kawan saya ni nama dia herwan, terjumpa pasal contest bicara pedusi ni dalam blog puan..
dia beritahu kami dia nak buku 'bicara pedusi' tu..
dia kata kat malaysia ada 2 jep buku tu..
*selepas dia baca en3 contest tu..tu yang dia tau ada 2 jep..kekeke..*
punya la semangat nakkan buku tu..
dia siap ajak jadi penulis pena lagi..
sebab dia kata nanti dapat buku free..
lepas tu lagi, dia suruh saya buat contest tu sebab dia tak boleh nak sign in blog dia..
*aiseh..pelik2..dia yang nak, tapi suruh orang mintakkan..kakaka..*

lepas tu saya cakap la, "ala, susah2 nanti aku mintak tolong sepupu aku belikan..dia sekarang study kat mesir kot..hehe.."
*tapi saya gurau jep..dalam hati teringin jugak..buku free tu..sape yang tak nak kan..dulu masa sekolah menengah pernah gak baca novel dari mesir..kakak kepada kawan saya punya..kakak dia pernah belajar di mesir..novel tu sangat3 best!!!..penulis dia student malaysia yang study kat sana gak..hehe..tetiba lari sikit..;D*

herwan kata, "ahh..aku nak free dari penulisnya.."

saya kata lagi, "kalau nak mintak la sendiri.."
dalam pada tu saya pergilah tengok pasal contest tu..

saya, "owh..memang kena mintak kot..kena kasi sebab kenapa nak buku tu..meh ko kasi aku sebab nye..nanti aq mintakkan..cepat2..kasi 50 sebab yang kukuh..kekeke.."

dengan bersemangat nye si herwan pun bagi la sebab musabab kenapa nak sangat2 buku tu..
1st : sebabnya perasaan ingin tahu pengalaman orang di rantauan..
2nd : nak ambil ilmu perantauan untuk diri..*mungkin sebab si herwan ni pun merantau..sekarang study di perlis, unimap..tapi asal sabah..jauh gak la dia merantaukan? ^_^*
3rd : sebab nampak menarik..
4th : mesti dalam buku tu ada banyak infromasi untuk memperbaiki diri..
5th : buku tu menjadi tersangat istimewa sekiranya penulisnya sendiri yang memberinya..

saya potong, "esok ko siapkan 1 karangan, then kasi kat aku..heheh.."

herwan terus cakap, "aku nak tido la.."

saya, "mau tak?"

herwan, "akakaka..huhu..aku mau buku tu..tapi karangan aku tak bagus..huhu"
alamak, dia buat ayat sedih la pulak..ades..

saya, "yela2..nanti aku tolong karangkan.."
kesian la pulak..kawan punya pasal..tolong jep la..;p

dia, "yaaa..akakaka.."
saya tau dia mesti dah senyum sampai telinga..haila..member2..

saya, "kalau tak dapat gak buku tu, aku suruh sepupu aku belikan jep la..keh3.."

dia, "laaa..."

saya, "buku itu aku yang punya..lalalala~ rofl"

herwan, "ceh, cancel la niat ku memiliki..huhuhu.."
hahaha..dia putus asa la pulak..kekeke..


so sekarang ni, sementara masih sempat *sebab contest tamat 14 nov 2010* saya pun nak join la..
hehe..
selepas penat menggoreng ayat2 di atas *berdasarkan kisah benar ye ;D + ayat ada edit2 kasi masyuk sikit ;)*, mana la tau nasib berpihak pada saya..
kekeke..
kalau dapat buku 'bicara pedusi' tu, saya akan hadiahkan pada kawan saya si herwan tu..
kalau la kan..
hehe..
tapi sebelum bagi kat dia, saya mesti bace dulu..kakaka..*kejam2 :p*
ye la kan..
saya yang join contest ni..
so kalau dapat, saya la yang baca dulu ye tak? ^^

apa2 pun, terima kasih kepada teratai biru kerana telah berkunjung ke blog saya..
kalau tak, tak terjumpa la blog puan insyirah ni..
dan kalau tak kerana herwan jugak, saya tak terjoin contest ni..
hehe..


p/s: aku hanya mencuba nasib..(= *erk, kejap saya, kejap aku..kekeke..* + kalau buku tu dah ada kat pasaran malaysia, inform ye puan insyirah!! hehe..saya pun nak memilikinya..saya minat membaca dan mengumpul novel..terima kasih sebab adakan contest ni..first time ni saya try masuk contest..^^,

p/s II: the whole en3 ni rasa2 nya dah lebih 200 words..;D *ekk..karangan ker en3 nih?kui3*

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~