Into My World: July 2011

Tuesday 5 July 2011

Kpop VEVO?

hahah..masuk mood kpop kejap..
pergh..baru aku tahu yang 4Minute kpop girl group tu ada youtube vevo!
ingatkan artis-artis US dengan UK je yang ada..
setakat yang aku cari dan yang aku jumpa ini lah antaranya : WonderGirslVEVO, 4MinuteVEVO, BigbangVEVO dengan KaraVEVO..
bagi aku, bagi aku la, kalau artis selain dari US or UK yang ada VEVO ni memang hebat la..
tapi..
tapi..
tapi lagi HEBAT ALLAH S.W.T... (=

sementelah kebosanan duduk rumah tak buat apa-apa, dan untuk menikmati serta membuat pengisian semasa cuti-cuti nih, moh le kita layan MaherZainVEVO jom! lagi best! ;)
(ayat tunggang langgang..aci redah je aku nih.. XD)



Saturday 2 July 2011

Transformers 3G-Boom!!!

ktm problem pulak!
macam tak sempat je nak sampai sebelum 2.15!
otoke!
3G??!! lol! argh! nyorok-nyorok!
transformers best!
heroin dia tak best!
3D tak macam 3D sangat sebab duduk paling paling paling depan!
sizzling telor empat!
bowling: pinky versus blacky; loser: chocotop empat please!
finally winner's treat! huh?!
big apple, yummy!
mph: getaran jiwa satu!
jom balik!
"alamak, sampai rumah tengah malam la ni!"


part time job:
;
pinky: 116H 564 , blacky: A1 X24
 
putus fius.

lollipop.

recycle hp campaign.
yummy!

"hmmm..nak balik dah ni.."


p/s: keselesaan dalam berselipar.


Friday 1 July 2011

Say 'NO' to LEGGING!!!!


Kempen LeggingPakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.

Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.

Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.

Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar-gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.






update 05/07/2011: blog 'ini' yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/. sebarang kekeliruan amat dikesali.


~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~