Into My World: October 2010

Sunday 31 October 2010

Jangan mencari terlalu sempurna

BUAT PEDOMAN BERSAMA

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

(Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah)

yeah..as i am.. :|


p/s: yang ni pun jumpa kat facebook..

Friday 29 October 2010

Cantiknya lelaki, gagahnya wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



p/s: jumpa kat facebook..

Tragedi Oktober

haha..
tajuk cam tak ley blah r en3 ni..
tragedi r sangat..
tapi memang tragedi pun..
sebab ramai sangat yang lahir bulan sepuluh ni..
*tragedi ker nih?kekeke..*
apa2 pun,
Selamat Hari Lahir!!!
Cake
dan calon-calon nye adalah,,,,,
Party


Alia Lisanah
dilahirkan pada 19 Oktober..

to Lisa:-
semoga Allah merahmati dan meredhai kamu..
happy2 selalu..
good luck untuk final exam sem ni!!!
^____^
rindu kamu..
*bila boleh date ngan kamu lagi? ;D*
::xoxo::


*****


Emak
hai2..
inilah emak aku..
hehe..
mak aku punya besday lak 26 Oktober..

to emak:-
saya sayang emak!!!
saya mau balik!!
saya rindu emak..
rindu rumah..
huhu..
*even kalau balik rumah salu gaduh2 ngan mak..hehe..gaduh2 manja lar..*
rindu kat yang lain gak..
plus kucing2 sekali: Mary dengan Cintan..
*raya haji nanti aku nak balik..weee~*
semoga Allah merahmati dan meredhai emak yang aku sayang ini..
emak yang tiada galang gantinya..
::big hug::


*****


Jack
*yang berbaju kemeja stripe sebelah kanan..
he was born on 27 of October..
he is my coursemate a.k.a my classmate too..
actually both of them..
tapi kat sini nak cakap pasal Jack jep..
sebab dia lahir bulan 10..
heheh..
so i wanna wish you,
happy always..
may god bless you..
good luck for up coming final exam!!!
(^^,(v


*****


Syamil my lil' bro
*paling kiri berbaju maroon*

lahir pada 28 Oktober..

bro, nanti dah datang jauh2 kat utara ni, belajar sungguh2 na..
jangam duk malas2 macam aku ni..
kekekeke..
semoga Allah merahmati & meredhai adikku ini..
ameen..
::big hug::


*****


Ikhwan Felani a.k.a tok fel
hehe..
nama komersial sikit..
tok fel punya besday sama dengan adik aku, Syamil..
28 Oktober..

tok fel ni classmate masa kat matrikulasi dulu..
Kolej Matrikulasi Kedah..
dah lama tak jumpa..
cuma kadang2 contact via facebook atau mesej jep..

apa2 pun,
semoga Allah merahmati dan meredhai tok fel selalu..
good luck untuk final exam ni!!!
:)
kalau panjang umur, kita jumpa lagi k..
hehe..
;p

*****


semoga kalian dikurniakan Allah kesihatan yang baik..
dimurahkan rezeki..
ameen..
=)

your sincerely,
~teman@sahabat,anak,kakak: nawal~



Mailp/s: jamak wish sekali harung..heheh..Flower

Wednesday 27 October 2010

Pramugari Koma di tanah suci...

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


sumber: notes dari facebook

Apa kurangnya?apa lebihnya?

- sekali air bah, sekali pantai berubah..
  sama juga dengan hati manusia..
  senang berubah..

- bila bersama mereka, dengan bangga nye mencanang & memberitahu orang lain..
  "me & you..", katanya..
  bila bersama dia, semua nye mahu dirahsiakan..
  "don't tell anybody..just let only both of us know..", katanya..
  bila bersama mereka, agama bukan lagi jadi alasan..
  bila bersama dia, dalam agama hukumnya haram..

- dia dah tak penting pun..
  kerana hatinya dah terisi..
  teman seperjuangannya pun dah ada..
  dia hanyalah sekadar picisan..
  andai dia tiada pun, 
  hidupnya boleh diteruskan dengan adanya teman sehidup semati,
  dan teman seperjuangan disisi..
  tidak akan memberi sebarang kesan barang sekelumit pun padanya..




p/s: teringin menjadi manusia yang tak alah pada perasaan!!! damn, you're too sensitive!!! why huh??!!

#1


"carilah hatimu pada 3 tempat.
cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.
jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.
jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.
jika kau tidak temui juga, maka berdoala kepada Allah, pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!" - Imam al-Ghazali 





p/s: take care of your heart..

Sunday 24 October 2010

Re: dear bakal suamiku..sila baca dengan penuh sabar~

kalau adieb ngan ida ada letak surat untuk bakal suami, sekarang aku letak surat untuk bakal isteri pulak..
hehe..
even aku perempuan pun..
tapi aku nak letak gak..
;))))


*********


Surat buat bakal isteriku(reply version)

Kehadapan my future wife(s),
  I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s),
  I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),
  I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa.
I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. 

Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),
  You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

*********

WinkMailp/s: "bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk."..surat ni copy dari facebook adieb..heheh..

Wednesday 20 October 2010

Boleh percaya ker?






Send Money Worldwide

BF WESTERN UNION REMITTANCE DEPT
OUR REF: WUMT0BFXX6/98  
HEAD QUARTERS. OFFICE NO. 01 BP KWAME
NKRUMAH AVE. OUAGADOUGOU, BURKINA FASO  
WEST AFRICA.
WEB SITE: www.westernunion.com


Dear Sir / Madam,

You are welcomed to the Western Union Money Transfer Ouagadougou - Burkina Faso, West Africa.

The Federal Government Of Burkina Faso awarded us contract to pay the Internet Scam Victims who lost their money or was duped by the Internet Fraudsters / Scammers here in Burkina Faso, as a compensation for loosing their money in this country.

This is to notify you that you were among 250 scam victims we were instructed to pay the sum of $10,000 United States Dollars. We were instructed by Dr. Moses Ouedraogo, Representing the Federal Government Of Burkina Faso and the Authorities to pay the above mentioned amount to each of the scam victims via our services.

Dr. Moses Ouedraogo instructed that each of the 250 scam victims will come up with our transfer charges sum of $320 USD before we should transfer and can give the person the Money Transfer Control Number, the text question & answers which the person can be use to pick up his/her $10,000 USD in his/her country Western Union Money Transfer Agents.The reason why all the scam victims should pay the transfer charge is to avoid wrong claimment or misdirection of funds.

Again, the reason why you should send the transfer charge ($320 USD) to us is that we said we can deduct it out from your fund but the Minister Administrator Trust Fund Of Burkina Faso told us that no one has access over your fund as it has been signed and stamped that no money should be deducted (even a cent) untill it gets to you. This is to avoid misdirection of fund, because if anyone has access to that it will involve you loosing your fund.

For the transfer of the $10,000 USD to you, we need your information as thus:

Full Name:________
Address:________
City:_______
Country:_______
International Passport or Identity Card No.:____

Moreover, we have already transferred your money online and the payment information shall be sent to you once we hear from you. The below is the information you should use to send the transfer charge ($320 USD) to us:

Receiver Name: Augustine Ikechukwu
Address: Secteur 19,Ouagadougou
City: Kadiogo
Country: Burkina Faso
Country Code: 226
Text Question: To Who?
Text Answer: WU BF
Amount: $320 USD
MTCN: .....

Forward the payment control number, sender name and address after sending the transfer charge to enable us pick up the money here in this department office.Upon receipt of the transfer charge, we will transfer your own $10,000 USD to you immediately.

Therefore, we are expecting your urgent response along with your information and the transfer charge for the transfer of your money which is in our custody here.

Thank You.

Yours Faithfully
Mr. Frederic Saiba
Remittance Dept. Western Union
Burkina Faso Constituency.
Western Union®

Send Money Worldwide



Western Union® Welcome to Western Union

This e-mail and any files transmitted with it are confidential and intended Solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. Dissemination, distribution or copying of this e-mail or the information herein by anyone other than the intended receipient, or an employee or agent responsible for delivering the message to the intended receipient, is prohibited


 ********


emel yang aq terima pada 20/10/2010 18:58 bersubject Attention: Scam Victim diterima daripada Western Union Burkina Faso..
aku tak percaya kat emel yang macam ni..mana ada orang senang2 nak bagi duit ye tak?

ni lagi emel yang dapat..
tapi emel yang lagi 2 ni masuk kat spam..
yang pelik nye, emel yang kat atas tu bole pulak lepas masuk kat inbox yahoo mail aku..
huhu..




********


from: Mrs Stella (mrs_stella100@sify.com)
subject: FROM MRS STELLA AKAH REPLY NEEDED.......


From the desk of Mrs Stella Akah......
Bill and exchange manager
Foreign remittance dept.
Bank of Africa (Boa)
Ouagadougou Burkina Faso

Dear friend,

I am the manager of bill and exchange at the foreign remittance department of the bank of Africa. I saw your contacts in internet search, after much consideration i decided to write you since I cannot be able to see you face to face at first.

I will like you to take your time to read this mail carefully. I did not mean to embarrass you with my business proposal but i seriously need your assistance. Please this is a confidential matter and it requires urgency.

In my department we discovered an abandoned sum of u.s$12.5m dollars (twelve million five hundred thousand usd) in an account that belongs to one of our foreign customer who died along with his entire family on monday,31 july,2000, in a plane crash , since we got information about his death, we have been expecting his or her next of kin to come over and claim his money because we can not release it unless some body applies for it as next of kin or relation to the deceased as indicated in our banking guidelines and laws, but unfortunately we learnt that his supposed next of kin died along side with him at the plane crash leaving nobody behind for the claim.


It is therefore upon this discovery, i now decided to make this business proposal to you and release the money to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody is coming for it and i don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed bill. The banking law and guideline here stipulates that if such money remained unclaimed after 12 years, the money will be transferred into the bank as unclaimed bill, i therefore agree that 40% of this money will be for you as foreigner partner, in respect to the provision of a foreign account, 10% will be set aside for expenses incurred during the business and 50% would be for me. There after i will visit your country for disbursement according to the percentages indicated.


Therefore, to enable the immediate transfer of this fund to you as arranged, you must apply first to the bank as relation or next of kin to the deceased indicating your bank name, your bank account number, your private telephone and fax number for easy and effective communication and location where in the money will be remitted. I will not fail to bring to your notice that this transaction is hitch-free and that you should not entertain any atom of fear as all required arrangements have been made for the transfer.

You should contact me immediately as soon as you receive this letter. Trusting to hear from you immediately.

Yours faithfully
Mrs Stella Akah 

*******

from: David Zuma(davidzuma@hotmail.de)  
subject: Urgent Reply Needed.

Hello

For your kind attention, I need your urgent assistance in transferring the sum of $11.3million to your private account. This money has been here in our Bank lying dormant for years now without anybody coming for the claim of it.

I want to release the money to you as the relative to our deceased customer(the account owner) who died a long with her supposed next of kin since 31 January 2000.

By indicating your interest I will send you the full details on how the business will be executed.

Please respond urgently and delete if you are not interested.

Best wishes to you and your family.

David Zuma.

*******

mesti korang pernah gak kan dapat emel2 yang macam ni?
better ignore jer lar..
orang2 macam ni sebenar nye tangah cari mangsa yang dia nak perdaya..
kat tv dah tunjuk banyak dah kes macam ni..
ada orang hantar emel, mintak maklumat peribadi konon2 nye untuk bisnes lar..
tapi sebenar nye bukan pun..
jap lagi kalu bagi macam2 maklumat peribadi, akan ada lar orang yang hilang duit kat bank lar sebab akaun da kena godam oleh orang2 yang tak bertanggungjawab tuh..
kena tipu sebab dah bank-in duit kt akaun orang yang hantar emel tu lar..
macam2 kes lagi r..
so, kesimpulan nye, tak payah layan emel2 yang macam ni..


MailRockp/s: emel macam ni bukan sekali dua aku dapat..tapi dah banyak kali..aku wat tak layan jep..itu lebih baik..

Tuesday 19 October 2010

Gigi bongsu

adus..
sakit nyer gusi aku bengkak..
ni semua pasal gigi bongsu r nih..
;(




MailWorriedp/s: macam mana nak cakap banyak2 untuk presentation petang ni..huuuu... T.T

Update url

kenapa kalau url blog di update, kita dah tak boleh nak follow cerita baru dari blog tu ea?
tak keluar pun en3 terbaru dari blog yang dah bertukar url nye kepada url yang baru..


tak keluar pun latest en3 korg2 yang tukar url tu kat sini..huhu..


adakah aku perlu follow balik bila korg dah tukar url baru?
ea?



p/s: korg jangan lar asyik tukar2 url jep ea? @.@

Monday 18 October 2010

Pengiraan aneh


Aneh !

Disini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda, ia akan memberikan kejutan pada setiap pengiraan!

  • Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat.
  • Ikut arahan.
  • Bersedia dengan mesin kira anda!! 
*
*
*
*
*
  1. Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.
  2. Darabkan dengan 2
  3. Tambah 5
  4. Darabkan dengan 50 .
  5. Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah lepas tambah 1760 sebaliknya tambah 1759 jika ianya belum lepas.
  6. Kiraan terakhir: Tolak tahun anda dilahirkan. (contoh.: 1941, 1973, dsb.).

Jumlah anda sekarang dalam tiga digit nombor.

Digit pertama dari 3 digit tersebut:
Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu.

Sekarang yang paling cool!!!

2 digit terakhir meberitahu anda …

*
*
*
*
*

UMUR anda!!!!!!


2010 ADALAH SATU-SATUNYA TAHUN DIMANA PENGIRAAN INI BERHASIL. HANTARKAN KEPADA RAKAN ANDA SEBELUM TAHUN INI BERAKHIR!


sumber daripada kak fara

p/s: cuba lar!!! ^^,



Sunday 17 October 2010

Menanti Cinta

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu 


-Krisdayanti-





MP3 Player from Free Mp3
 

We are travelling the love lane, down the road we will meet again..

pic taken from here




Mailp/s: 1 lagu baru baru masuk playlist : Krisdayanti - Menanti Cinta..kak shida kata "sabar, doa, tawakal..berserah kat DIA.."

Friday 15 October 2010

Nobody to rock with

ada lagi orang tanya aku pasal status kat skype *hari rabu malam dalam bas lepas study kat library*..
kekeke..
kali ni status yang berstatus 'nobody to rock with..'..
aku tak tahu lar siapa gerangan sebenar yang nak mengetahui dan bertanya makna ayat tersebut..
kerana yang bertanya pada aku orang lain, tapi dalam bertanyakan soalan tu kat aku, dia gunakan nama orang lain..
hoho..

hurm..
kadang-kadang dalam meriahnya dan ramainya kawan-kawan kita, mesti kita akan terasa yang diri kita ni keseorangan..
even ramai kawan-kawan ada kat sekeliling ada depan mata, tapi kita rasa macam tak ada kawan langsung..
untuk diajak berbual atau makan bersama-sama kat cafe..

kenapa kita boleh rasa macam tu ea?
adakah sebab kita aje yang rasa macam tu?
ataupun mereka tak peduli atau perasan dengan kehadiran kita?
tak pun sebab kita tak serasi dengan mereka?
tak kenal hati budi masing-masing lagi?
atau dah ada kawan yang lain, so kita tak diperlukan untuk jadi kawan mereka?
tak pun ada yang memang suka menyendiri dan tak suka bergaul sangat kut?..
*erk, banyaknya persoalan..haha..*

entah lar..
ada jugak orang bila da ada pasangan a.k.a kekasih, kawan-kawan da tak berapa penting..
perasaan atau kehendak atau permintaan kawan-kawan diabaikan demi orang yang disayangi..
tapi bila bergaduh + ada masalah atau dah putus, baru cari balik kawan-kawan yang tak berapa penting tadi tuh..
haila..



p/s: this en3 is almost fully typed by using on-screen keyboard..sebab malas nak taip guna keyboard biasa dalam keadaan berbaring..kakaka..


Wednesday 13 October 2010

Dear pengasas Blog

inche blog, kenapa sekarang macam sangat susah mau upload gambar guna ini barang?



lebih-lebih lagi dengan combo internet yang damn slow!
sigh..


Mailp/s: yang lama punya up-loader lagi best kut.. Thinking

Tuesday 12 October 2010

Library OPAC

selepas setahun aku dekat UniMAP ni..
ini lah first time aku bukak library on9 a.k.a Library OPAC..
kekekeke..
sebab baru ambil nombor patron a.k.a patron ID kat library tadi *dalam pukul 8.30 malam ++ bertarikh 12/10/2010.. ;D*..
heheh..

untuk student UniMAP yang tak pernah perasan, cuba² la korek² kat portal tu..
hehe..
then kalau nak active kan library on9, rajin² kan lah diri menapak ke library untuk minta no. patron tu..
nanti apa² hal kalau korang pinjam buku and nak renew tarikh, boleh buat dari rumah jep..
yang penting ada internet..
^__^
selain tu, boleh gak kalau nak cari buku rujukan dari Library OPAC ni..
senang cerita, macam-macam la yang korang *iaitu student-student UniMAP* boleh buat daripada Library OPAC ni..
cuba la! (:









HeadbangMailp/s: nak buat en3 yang 1 ni punya lar lama..internet punya pasal!!+ lappy sengal!!! huh!
~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~