Into My World: Apa yang paling.....?

Monday, 8 November 2010

Apa yang paling.....?

Suatu hari, Imam Ghazali bertanya, pertama. Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati”. Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). 

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.Apa yang paling besar di dunia ini?. Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah nafsu”.(Al-A’raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah,Apakah yang paling berat di dunia ini?”. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah memegang AMANAH”(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. 

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,Apa yang paling ringan di dunia ini?”. Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat”. Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. 

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang…Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah manusia ia bisa menyakiti hati dan melukai perasaan orang lain.



p/s: ngantuknya... =.=

No comments:

Post a Comment

kamsahamnida reader-ssi ^.-

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~