Into My World: March 2011

Saturday 26 March 2011

DIA di hati kita

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita." 

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...




Thursday 24 March 2011

cure 4 da itch #3

Ya Allah
Engkau kenalkan bahawa Engkau
Adalah Tuhan
Aku bangga
Ya Allah
Engkau adalah Tuhanku

Aku sembah Engkau selalu
Tidak jemu-jemu
Janganlah masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMu

Ya Allah
Aku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redhaku selainMu
Aku harap Engkau juga redha denganku
Redha meredhailah kita berdua hingga bertemu

Ya Allah
Aku berlindung dengan Engkau
Daripada berTuhankan selainMu
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia

Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki
selainMu
Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki
selainMu

Tuhan kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintaiMu
Tapi tidak benci
Walau pun begitu jangan pula
Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Dengan rahmatMu Tuhan anugerahkanlah 
Rasa cintaku kepadaMu
Dan juga cintaMu kepadaku
Ku harap kita cinta-mencintai

Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan


credit pix


Cinta-Mencintai
Mawaddah





Wednesday 23 March 2011

Semua kerana CINTA

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.

Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?

Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.

Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.

Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.

Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional. Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Apa yang disukai ibu bapa, ia juga disukai ALLAH. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.

Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH.

Ingatlah, jodoh kita ditentukan di Luh Mahfuz. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.


Sunday 20 March 2011

Projek

risau risau risau!
kalau aliff aziz dengan joanna nyanyi 'maka kita tak selalu risau risau risau'
tapi aku kena selalu risau..

ini semua pasal mini projek..
haih..
orang lain dah ada flowchart, coding semua..
tapi aku tak ada apa-apa..
baru nak mula..
baru nak fahamkan tajuk..
tapi tak faham-faham juga..ngaa..
yang ada cuma bayangan..
yang belum tentu betul ke tidak..
ika!! macam mana ni... ;(

semalam ada try search 'rms meter'..
result yang keluar banyak..
eh, memanglah banyak..adeh..
cumanya yang berkaitan tu macam tak ada je..
tak tau la kalau aku yang tak pandai cari..heh..

okey lah..
mau buat itu mini projek..
cincai-cincai dulu la..
janji ada..
nanti kalau nak tanya lecturer ke, tak ada la datang tanya kosong-kosong tak ada apa-apa..
kot-kot la dia baik hati terlebih nak tunjuk kena tambah-tambah atau kena ubah ke..
ngee..



Wednesday 16 March 2011

Menarik? tak lah..




maaf..
lama tak update..
kalau update pun belum tentu ada orang baca.. :)
so bila tak update takkan ada orang yang perasan mungkin..

sekarang ni suka jalan-jalan ke blog orang saja..
suka jadi silent reader..
kadang-kadang teringin nak tinggal komen atau jejak..
tapi malas dan malu.. XD
takut pendapat yang diutarakan salah atau tak logik..
ngaa..
mesti korang kata, 'apa yang nak dimalukan..komen jer la..'..
ngee..
kalau berani tinggal komen pun hanya di blog kenalan saja.. ^^~

faktor ini mungkin yang menyebabkan blog aku sunyi dari komen..
walau pun aku punya ramai follower..
mungkin korang just datang, baca, dan berlalu..
okay..
fair and square sebab aku pun suka buat macam tu..heh..
aku pun tak harap sangat orang komen bagai..
ngaa..

blog ni asalnya aku buat secara terpaksa..
kemudian bila aku tengok masa aku awal-awal masuk unimap, member-member sekolah menengah dulu ramai pula yang join berblogging ni..
semangat berblog tetiba muncul..
then ada pula member sekelas kat sini ada blog..
si ida..
makin seronok pula berblogging.. :)
tapi mood untuk tulis entry tu sekejap ada sekejap tak ada..
macam chipsmore.. ;p
tapi itulah lumrah biasa bagi blogger..
bak kata Ilham Fiq Ahmad dalam entry bertajuk Apa Perlu Dibuat Bila Malas Tulis Blog
dan bila datang mood rajin, hari-hari boleh update..



p/s: terima kasih pada yang sudi datang dan singgah dan tinggal jejak..nanti datang rajin,aku jejak balik dan follow kalau blog best..ahaxx..tak lupa juga pada yang sudi follow walau pun tak ada latest entry..gamsahabnida..annyeong.. ^^~










~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~