Into My World: Universiti Malaysia Perlis jjang! pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan daebak!

Tuesday 5 November 2013

Universiti Malaysia Perlis jjang! pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan daebak!

salam kawan-kawan.

pernah tak korang kalau pergi mana-mana, orang tanya 'adik belajar kat mana?'. mesti pernah kan. lepas tu korang sebut nama singkatan universiti tempat korang belajar. tapi orang tu bila dengar je, muka berkerut-kerut. dia tanya 'kat mana tu?'. lepas tu dengan muka senyum terpaksa jawab, 'ala, yang dekat situ-situ tu'. dalam hati sedih je orang tak kenal universiti tempat kita belajar.

sebenarnya, ni juga antara pengalaman aku kalau sedara-mara makcik pakcik berkumpul kat kampung. bukan takat tu je. dengan orang lain pun. tapi kalau kat area utara; kedah, penang, perlis, in sha Allah dorang tau. mungkin sebab universiti tempat aku belajar tu, masih hijau lagi. masih baru nak menempa nama kat Malaysia ni. masih baru nak bersiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan universiti-universiti hebat lain kat Malaysia ni.

gigih Dato' NC (Naib Canselor) UniMAP promosi nama UniMAP sana sini. masuk tv lah, masuk surat khabar lah. Alhamdulillah UniMAP makin dikenali ramai. aku ucap terima kasih kat Dato NC. selain Dato' NC, pensyarah-pensyarah juga banyak membantu sama-sama naikkan nama universiti. contohnya melalui penyertaan-penyertaan dorang dalam mana-mana acara pertandingan tak kira di dalam negara atau luar negara. hasil kajian dorang banyak merangkul pingat-pingat seperti emas, perak dan gangsa. kalau kalau tak dapat pingat pun, paling-paling koman pun mesti dapat anugerah khas. aku sebagai alumni tumpang bangga dengan hasil usaha mereka. bila jumpa orang lain, boleh la aku bragging pasal dorang menang pingat etc etc. hehe.

dan yang terkini, UniMAP dah lakar lagi satu kejayaan di luar negara. surat khabar Utusan Malaysia ada keluarkan berita bertajuk, Dua produk penyelidikan UniMAP rangkul pingat emas di IENA 2013. malas aku nak tepek berita tu kat sini. korang boleh baca di laman sesawang Utusan sendiri. http://bit.ly/1b3jCHn . salah seorang daripada pensyarah-pensyarah tersebut, Dr. Amir Raziff tu pernah mengajar aku waktu tahun satu dulu. subjek Electric Circuits 1. mujur lulus walaupun aku banyak main-main masa dia mengajar kat kelas. ampun. tahniah aku ucapkan buat penyarah-penyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan yang lain yang menang anugerah sama. untuk pengetahuan, Dato' NC sendiri turut menyertai pertandingan ni. tahniah juga buat Dato' NC dan ahli kumpulannya serta pensyarah yang lain yang terlibat.

gambar ihsan Utusan dot com dot my

selain itu, pensyarah yang pernah mengajar aku subjek Antenna and Propagations & Mobile and Satellite Communications System, Dr. Faizal Jamlos, baru-baru ni telah menyertai The British Invention Show 2013 dan berjaya menggondol 2 pingat emas serta dianugerahkan Special Award: Double Gold. fuhh. tidur dengan emas lah dr. lepas ni. keke XD. artikal tu korang boleh baca kat sini http://bit.ly/1cLzBv2

tahniah Dr.! | gambar ihsan scce-unimap dot edu dot my



nota kaki: sebutan betul UniMAP adalah yu-ni-mep. bukan yu-ni-map (baku) okey..? sedih bila dengar orang salah sebut. sobs TT^TT


No comments:

Post a Comment

kamsahamnida reader-ssi ^.-

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~