Into My World: DreamEDGE CAD Training

Wednesday, 6 November 2013

DreamEDGE CAD Training


Salam readers.

Alhamdulillah. thank you ALLAH. walaupun tak dapat training SL1M dengan MAS (Malaysia Airlines), tapi ada hikmah di sebaliknya. Allah bagi rezeki lain pula. dalam post lepas, aku ada beritahu yang aku buat preparation untuk interview kan? haa. baru petang tadi CIC UniMAP buat announcement untuk siapa yang layak menyertai training CAD di DreamEDGE Sdn Bhd, Taiping, Perak. terima kasih CIC UniMAP bersusah payah anjurkan program macam ni dengan industri untuk graduan yang belum dapat kerja macam kami ni. ;)

terima kasih juga buat kawan-kawan yang doakan. tapi yang penting, doa mak abah aku dah ALLAH makbulkan. masa aku beritahu aku dapat pergi ke sesi interview hari tu, mak aku kata cubalah dulu. mana tahu dapat. dan akhirnya, memang dapat. masin mulut mak. terima kasih mak abah. ^^,

hari isnin lepas, sesi interview tu tak ada interview pun. pihak DreamEDGE cuma bagi briefing sikit pasal background syarikat, achievement sepanjang penubuhan, details oleh human resource kalau diserap jadi perkerja tetap di situ, dan maklumat berkenaan training CAD yang bakal bermula pada 11 Nov 2013 ni. tak rugi aku datang. sebab biasanya mana-mana company pun, even training je, dorang akan interview dulu candidate yang dah shortlisted. tapi company DreamEDGE ni baik bak kata Pn. Azfarina, HR syarikat, sebab tak buat pun sesi temuduga. dorang cuma bagi test yang mana soalan-soalannya adalah daripada pengetahuan umum. tak ada pun lukisan-lukisan macam yang senior(yang pernah datang temuduga DE) khabarkan. soalan hukum fizik, Samsung release jam digital terbaru apa, tempat buat kereta terbesar kat mana, dan yang tak boleh blah, soalan bola piala Malaysia 2013 pun ada! ingatkan dorang bergurau je. rupanya betul keluar. nasib kami la kut dapat soalan luar alam macam tu. haha. mungkin juga lain batch, company bagi lain soalan.

training yang bakal kami akan lalui ni, ada 2 stage. pada 2 minggu pertama adalah CAD training yang mana syarikat akan bagi sijil lepas tamat CAD training tu. so, kalau dah habis CAD training, nak teruskan boleh, tak teruskan pun tak apa. lepas tempoh 2 minggu, kami akan diberi kontrak untuk kami tandatangan untuk menyambung tempon percubaan selama 3 bulan yang mana kami terikat dengan syarikat.

tetapi, tempoh probation tak menjanjikan yang kami semua akan diserap bekerja. kalau ada yang perform lepas 3 bulan training, CEO syarikat akan interview. kalau dapat jawab interview dengan cemerlang, boleh terus masuk kerja. kalau tak berapa nak cemerlang, syarikat akan tambah lagi tempoh training selama 3 bulan. sepanjang training, kami diberitahu, setiap bulan kami akan diuji untuk dinilai tahap kecemerlangan kami sepanjang diberi tugasan. dorang nak tengok sama ada kami ni sungguh-sungguh tak follow program latihan tu. kalau tak lulus ujian bulanan, peserta akan disingkirkan serta merta. walaupun tersingkir, pesrta tak rugi sangat sebab dah ada sijil yang training 2 minggu tu. kajian syarikat mendapati bekas peserta training yang lepas senang dapat kerja dengan adanya sijil daripada DreamEDGE ni. untung-untung.

so kalau kawan-kawan ada peluang dapat training CAD dengan DreamEDGE, jangan lepaskan peluang tau! rugi! eh, panjang pula aku bercerita hari ni. apa-apa pun, korang doakan aku dengan kawan-kawan lain ea semoga dipermudahkan segala urusan kami sepanjang mengikuti program latihan ni. amiin.


nota kaki: kalau korang nak tahu DreamEDGE ni syarikat apa, boleh lawati laman sesawang DreamEDGE kat sini http://bit.ly/HJqf8r. nak tahu lanjut boleh cari di arkib surat khabar-surat khabar elektronik Malaysia menggunakan kata kunci 'DreamEDGE'. ni salah satu artikel berkenaan syarikat daripada surat khabar elektronik berbahasa inggeris, NST. http://bit.ly/1aBJY6R


3 comments:

  1. Salam, erm..program ni penting ke?
    In case dapat pergi ke taiping tu, what preparation yang kena buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      penting untuk frash grad yg DE ambil.sebab dorg nak nilai dulu sama ada fresh grad tu ada potensi untuk diserap masuk sebagai permanent staff atau tak.
      preparation mental paling penting.hee.lagi 1 kalau ada basic solidworks or catia, asah la balik.so nanti time training tu tak akan timbul masalah waktu guna software2 tu.

      @Da LovaC dapat training kt DE eh? tahniah. ^^ bila start training?

      Delete
    2. Dapat..14 Julai ni start...btw preparation mental macam mana tu? erm..dulu provided tempat tinggal? transport sendiri?
      Sorry to many question.

      Delete

kamsahamnida reader-ssi ^.-

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~