Into My World: February 2011

Friday 25 February 2011

Serabut!

argh!!
bikin panas..huh..
semuanya di'filter'!!!
memang nak suruh kami ni jadi student baik-baik + nerd saja agaknya..
haih..
apa-apa yang ada kaitan dengan music, video, entertainment, anonymizer dan yang sama waktu dengannya tidak boleh dibuka!!!
isk..
sabar jer lah.. T_T

bak kata fara, 'daripada unimap ni habiskan duit buat filter, baik dia orang gunakan untuk upgrade speed ker..'
bak kata ida, 'unimap tengah nak promote kat student supaya beli broadband..'  :)))))
aku pula kata, unimap ni sedang mengajar student dia menjadi hacker..
kakakaka.. :p

benda ini sangat ridiculous!
nonsense!
tak patut betul mem'block' website-website yang remaja macam kami ni perlukan..
kami ni sedang belajar meng'explore' benda yang ada dalam dunia maya nih..
tapi semuanya disekat..
kalau macam tu baik tak payah ada internet..
sekali sekala kami perlukan juga benda yang berbentuk hiburan (erk, berliburan saja taunya..kalau diajak berlibur di majlis agama, banyak pula alasannya..kekeke..)..
untuk me'release' tension..
hiburan pun bukan lah hiburan sangat..
setakat nak cari cerita korea saje pun..heh..
tak pun cari lagu maher zain ker..haaa..
takkan la 24/7 suruh buka portal unimap je..
kalau macam tu memang albert einstein lar kami..
keh keh keh..









Sunday 20 February 2011

Minggu Test Sedunia

erk..
tipu jer sedunia..
bajet international lah sangat..heh ;p..

okay..
start hari ni sampai minggu depan adalah minggu yang sarat dengan test..
untuk student-student UNIMAP la terutamanya..
kalau universiti lain tu tak sure pula..

courtesy atok google

hari ini, AHAD [20/02/2011], Communication Systems..
SELASA [22/02/2011] ni pula Microprocessor (yang ku cinta..wekss..)..
JUMAAT [25/02/2011], Analog Electronics II..
continue sampai minggu depan, hari SELASA [01/03/2011], Electromagnetics (killer subject..argh,semua killer..sigh..)..
cumanya Engineering Entrepreneurship jer yang aku tak berapa nak confirm..
sebab bertindih tarikh dan masa dengan Analog..
takkan  la nak bahagi badan ni jadi dua kut..huhu..

GUDLUCK rakan-rakan seperjuangan!!!!
InsyaAllah ameen..
^^~

















Friday 18 February 2011

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,


“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya“Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata“pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)




found here.
asal sini.

gambar sini

























Wednesday 16 February 2011

12 Rabiulawal/15 Februari



Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )





sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang dinyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:


BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

dipetik dari Ya Rasulullah


******


bersempena 15 Februari ni juga adalah hari ulang tahun kelahiran akakku.. 
ramai sungguh akakku.. :)
sungguh pun mereka-mereka yang aku gelar 'akakku' itu bukan kakak kandung, tapi aku dah anggap mereka macam kakak sendiri..
iye la..orang tak ada kakak kan..
tumpang kasih sayang mereka-mereka akakku itu..
hehe..
luahan perasaan pula.. :p

selamat hari jadi kak shida!!!
semoga Allah merahmati kamu..

ok, cut!!! hehe..posing jep lebih..heh ;p

indahnya hari lahirmu akakku tahun ini kerana berkongsi tarikh yang sama dengan Maulidur Rasul.. ^^~
semoga diberkati hidupmu..
semoga dimurahkan rezeki..
senyum selalu.. =)
sayang akak banyak-banyak..
-xoxo-




Monday 14 February 2011

Tak perlu

tak perlu sambut 14 februari..
bukan amalan orang Islam..
banyak dah artikel yang melarang umat Islam menyambut hari ini..
kalau nak,google saja..
banyak..

hurm..
tak perlu nak hurai panjang-panjang..
aku jumpa ayat best dari .Dunia Sebelah Zara. ..

“ Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”  - sumber: sini, asal: sini


pic : here




Sunday 13 February 2011

Motivasi Rajin

'ya Allah, aku malas ya Allah. 
Aku berasa sangat malas. 
Tiada semangat ya Allah. 
Engkau tuntunlah aku ya Allah. 
Apa yang perlu aku lakukan ya Allah. 
Maafkan aku ye ya Allah kerana tidak memahamai ilhamMu ya Allah. 
Fahamikan diriku dengan ilhamMu yang pasti meminta aku bekerja ya Allah.

Ya Allah dengan kemahiran aku ini ya Allah, 
tuntunlah aku.. 
ajarilah aku… 
berikan aku kekuatan untuk melakukan kehendakMu ya Allah. 
Terima kasih ya Allah. terima kasih.'







My Favorite Seal Pod , Nap City in LaJolla, California
pemalas seperti inikah? moonjazz




Wednesday 9 February 2011

Kau buatku addicted!

ah kau..
sengaja bagi aku dengar lagu ni sama-sama dengan kau..
buat aku ketagih..


Bulan dengarkan lantunku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku

Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku

Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku

Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu 
Rindukan tawamu dalam hatiku

Hanya dirimu 
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Terlalu merindumu

Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku

Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu 
Rindukan tawamu dalam hatiku
Ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
Hingga hati itu
Kan jadi milikku




macam mana nih? >.<




JUMPING HIGH PHOTO CONTEST

deadline: 20MAC2011 (Ahad)


untuk tidak menghampakan pemilik blog ungu yang menjemput secara eksklusif di ruangan 'dearest guest' di blog aku untuk menyertai 1st contest yang beliau adakan, aku pun joinlah.. (=
tidak pun mengharapkan hadiah yang ditawarkan..
sekadar mahu memenuhi permintaan dan memeriahkan lagi contest ni..hehe..
skema gak ayat aku eh? :p

actually, masa dapat tahu dijemput menyertai contest ni, aku blurr..
aku tak ada gambar aku terbang-terbang atau lompat-lompat..huhu..
mula-mula aku nak guna gambar someone ni..
tapi dalam berfikir-fikir nak minta keizinan untuk menggunakan gambar someone tu, aku teringat yang aku mempunyai koleksi gambar lama (koleksi lah sangat..gambar semasa berada disemester dua saja pun.. (; )..
yang ni kena mintak izin juga tak?
kalau tuan punya badan ada datang jenguk, khasnya untuk model lelaki dan amnya untuk model perempuan, "korang,aku pinjam korang jadi model gambar untuk aku join contest tau?! hehe.. ;p"
jadi, aku pun menetapkan untuk menggunakan gambar tersebut..
gambar tersebut telah aku edit..hehe..
kerana didalam syarat pertandingan tersebut tidak dinyatakan bahawa gambar tidak boleh diedit..hehe..
kan tyra kan? ;D

okay..
di sini aku sertakan syarat-syarat pertandingan tersebut:-

Syarat-syarat contest ;

1. Follow blog ungu ini supaya anda sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
[lama sudah ku follow ^^~] 

2. Buat satu entry yang bertajuk JUMPING HIGH PHOTO CONTEST.
 [inilah entry nya :)]

3. Muat naik gambar yang mahu anda taruhkan dan ceritakan mengenai gambar itu.
[aku upload di bawah ini

4. Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
[sila scroll ke atas ya tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekalian

5. Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii hehe.
[permintaan dipenuhi] 

6. Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
[habis buat entry ni aku letak okay? =)] 

7. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahuu okay ;)
[aku nak tag idah (suka nak tag ko.. ;p), syazwan aizad, adieb dan husnalana (hope ko join contest yang ni okay? ^_~)]



dah habis baca syarat-syaratnya..
jadi aku tepekkan gambar yang menjadi subjek untuk contest ni..
tak menarik mana pun nak dibandingkan dengan orang lain.. :)

aku si tukang tangkap gambar saja..tak pandai nak lompat-lompat begini.. :)





cerita disebalik gambar ini:
ketika ini kami tanpa berfikir panjang membuat perancangan untuk menjadi burung hantu malam itu..
hehe..
bosan gila kami waktu itu..bosanlah sangat..
padahal sebagai pelajar sepatutnya tiada istilah bosan kerana kebanyakan waktu seharusnya dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran..haha..
tapi kami ini kan remaja.. ;p
ahh..alasan semata..haha..
waktu ini kami bertiga menghabiskan masa dengan berjalan-jalan tanpa tujuan..
melalui satu jalan..
sambil menangkap gambar dan berposing di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai..kekeke..
gambar di atas adalah salah satu hasil berposing di tengah-tengah jalan yang memang tidak banyak dilalui oleh kereta jika pada waktu tengah malam..
hoho..berani juga kami ni..haha..
ada juga beberapa buah kenderaan melalui jalan itu..
mereka melihat kami dengan pandangan yang amat pelik kerana merayau-rayau di tengah malam buta..kakaka..


sekali lagi, tarikh tutup contest ini adalah pada 20/03/2011 ye kawan-kawan..
mari ramai-ramai join contest nih!!!
walaupun tidak di'tag', kawan-kawan yang berminat boleh sertai..



Tuesday 8 February 2011

Suka dalam terpaksa (sigh)

ambil kertas kosong..
capai pen..
dan mula menulis atas kertas,

'I HATE MICROPROCESSOR!!!!!
AKU BENCI MICRO-P!!!!
TAK SUKA, TAK SUKA, TAK SUKA!!!!
AAAAARRRGGGGHHHHH!!!!!'

ambil kertas..
berjalan menuju ke pintu..
pakai selipar..
pergi ke halaman..
letak kertas atas tanah..
dengan sepenuh hati, pijak kertas tadi..
pijak pijak pijak..
eyah eyah eyah!!!

sepenuh tenaga aku pijak kertas tadi..
fuhhh..
lega..
dah puas..
kertas dah hancur lunyai..
haha..
berjalan menuju ke pintu rumah..
tanggalkan selipar dan masuk..
menuju ke meja..
ambil kertas kosong lagi dan pegang pen..
tulis,

'I LOVE MICROPROCESSOR!!!!
AKU SUKA BELAJAR MICRO-P!!!
MMMUUUAAAAHHHH >.<
SAYANG MICRO-P!!!! ;)'




Monday 7 February 2011

Apa pasal?

Alhandulillah..
selamat sudah sampai perlis petang semalam..

tapi..
kenapa dari semalam tak boleh nak login library OPAC huh?
aku nak renew buku (buku lah sangat..hikss..) nih!





error: 3huhs.huajhuajniamuakigrep?udnir













Sunday 6 February 2011

Hey B.F.

sumber: tak ingat la..hehe..




but..
ALLAH is the most best friend ever..
Dia sentiasa ada hampir dengan kita..
cuma kita sahaja yang tidak merasai kehadiranNya..
kerana semakin hari, kita semakin jauh dari Dia..
astaghfirullah al-azim..



Kimia

peace be upon you reader(s)..
:)

belajar subjek kimia semula selepas hampir 2 tahun meninggalkan alam matrikulasi..
huhu..
menjadi tutor kepada adikku yang sedang mengambil subjek ini..
nasib baik bab awal2 ni boleh tahan lagi..
hehe..
itu pun dah banyak lupa..
sebab di unimap tiada pula ditawarkan subjek yang ada kaitan ngan kimia nih..
memandangkan course aku pun kejuruteraan perhubungan..
semuanya hanya berkaitan dengan fizik..
electrical..dan komputer..
@_@
tak minat tapi kena minat2 kan jugak..

esok pagi dah nak balik perlis.. T_T
bosannya balik sorang2.. (sheedot,balik la esok pagi together-gether!!! ;( )
selalu sahaja pun balik perlis sendiri..haha..
tapi tetap tak seronok..
kalau ada kawan best sikit..
tak mengapalah..
dah memang hidup ini ditakdirkan bersendirian..
kat rumah pun bukan ada geng..
buat geng dengan emak saja la..hehe..
at least,tak payah share2 barang dengan orang lain..
mak aku saiz lain..
yang share kasut jep..haha..

okey la..
doakan aku selamat sampai perlis sudah..
annyeong..
nyte2 guyz..
^^~













Saturday 5 February 2011

BBQ

eyt..salam guyz..
hari ni (jumaat, 4/2/11) seharian sakit perut..
haha..
 
tapi sangat have fun hari ni..
walaupun tak dek la meriah mana pun..
tetap gak terasa kemeriahannya..
pakcik makcik gather..
sepupu-sepapat lagi..
sama2 join bbq..
pakcik (a.k.a wak dalam *jawa) yang plan bbq ni..
buat depan rumah nenek jep..

dalam sakit perut aku tu,bantai gak makan semua yang di'bbq' kan..
seperti ayam,ikan terubuk,udang..hehe..
yang tak best nye,perut aku ni rasa tegang jer..
tak boleh nak berdiri..
kena duduk mencangkung..
tapi tahan jep..
bantai makan sampai rasa full..hahahaha..
last2 lari balik rumah gak..kekeke..
ni bbq kali ke-2..
yang 1st tak ingat dah bila..
tapi macam dah setahun yang lepas gak lar..
time tu pun seingat aku perut aku rasa tak selesa gak..
cam berangin jer..
kalau nk ikut kan,aku makan jer tengahari tadi..
mungkin perut kosong sebab asyik ke toilet jep kut..kakakaka..

hurm..
semalam lak,hari khamis 3/2/11 ada kenduri cukur jambul kat sebelah mak aku..
yang bbq ni sebelah abah aku..
cukur jambul sepupu aku yang baru lahir sehari sebelum hari raya puasa hari tu..
tak sabar2 dia nak keluar tengok dunia ni..
nak raya sama2 ngan parents dia kat dunia ni agak nye..hahaha..
sepupu aku tu nama dia Muhammad Alif Nazmi bin Mohamad Kamal..
sangat tembam dan comel!!!
dah la rambut dia pacak2 jep tak nak turun2.. ^^~
geram jep tengok..
aku suka picit2 pipi dia yang gebu macam pau tu..hehe..

okay lar..sebenar nye ada pic2 untuk kejadian2 yang berlaku di atas ni..
tapi semuanya dalam kamera abang aku..
nanti aku mintak kat dia..
and kalau rajin aku letak r kt belog nih.. ;p


*merujuk pada pakcik/makcik yang pangkatnya lebih tua daripada parents kita.

Friday 4 February 2011

Poskad

setelah sekian lama sampai ke rumah..
baru cuti chinese new year ni aku nampak batang hidung nye..
heheh..
weee~  Party

mana tak nye..
poskad dari jauh tuuu..
thank you banyak2 ye orang jauh kerana kesudian anda mengirim poskad walaupun kad raya tahun lepas yang telah dikirim aku harap sampai tapi tak sampai2..
pending agak nye kt pejabat pos..
hahahaha..
























gamsahabnida... Hang shaking


Thursday 3 February 2011

02/02/2011

- entry yang pending -


selamat hari jadi abah!!!
semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik..
dimurahkan rezeki..

abah (kiri) dengan pakcik.. :)






















ya Allah, rahmatilah abahku dan pandanglah dia dengan pandangan rahmatMu..
ameen..
^^~


Wednesday 2 February 2011

Error

crazy2


igabkanatakokutirah
nupaumestapadkatmacamukaipat
recapa?

Tuesday 1 February 2011

CONTEST AMBIL GAMBR DGN IBU ATAU AYH

errmm..
aku telah di'tag' oleh cik tyra@lifeoftyra..
contest di kelola oleh miss atie di belog kepunyaannya (klik sini)..
kat bawah ni syarat2 untuk join contest ni..




syarat2nyer:-


- anda mestilah menjadi follower blog miss.
- hnyer gambar bersama ibu dan ayh. gmbr bersame pkwe dan mkwe adelah dilarang.

- buat entry tajuk ni keyyy CONTEST AMBIL GAMBR DGN IBU ATAU AYH.

- peh tu, dah siap, dah cun, post lah link korang kat comment keyhh.

- peh tu, korang nk edit pon xpe. nmpk lagi lawa ke , ape ke. boleh je. 

- lastly , tag lah kat 3 membe korang yg berminat .



tapi aku tak dek gambar yang cun2 sangat pun nak letak..
janji ada gambar aku dengan mak dan abah aku..
kira okey la kan..hehe..

yang jadi pengapit tu abah ngan mak aku. aku?pepandai cari sendiri la okeyh ^_-


gambar ni di ambil time akak sepupu aku kawin..
time ni sesi pengantin bergambar dengan keluarga pakcik dan makcik sebelah pengantin perempuan..
sorang adik aku tak dek dalam gambar ni..
dah ajak bergambar, tapi dia tak nak..
kata nye dia dah comot (sebab konon nye seharian kat dapur..kotor sikit jep pun.. :p)..haha..

aku dah siap letak gambar dah..
sekarang aku nak tag 3 orang member aku..
siapa nak join!!!!
sila angkat laptop!!! kekeke..
okey2..aku tag jer lar sesiapa pun k..
tapi kalau member2 yang tak ter'tag' tu nak buat, boleh jer..
meriah2 kan lagi contest ni.. ^^~

1. ida
2. sheeda
3. husna


tarikh tutup contest ni 25/2/2011..
lama lagi tempoh nye..
so ramai2 join jom!!! :)







~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~