Into My World: JUMPING HIGH PHOTO CONTEST

Wednesday 9 February 2011

JUMPING HIGH PHOTO CONTEST

deadline: 20MAC2011 (Ahad)


untuk tidak menghampakan pemilik blog ungu yang menjemput secara eksklusif di ruangan 'dearest guest' di blog aku untuk menyertai 1st contest yang beliau adakan, aku pun joinlah.. (=
tidak pun mengharapkan hadiah yang ditawarkan..
sekadar mahu memenuhi permintaan dan memeriahkan lagi contest ni..hehe..
skema gak ayat aku eh? :p

actually, masa dapat tahu dijemput menyertai contest ni, aku blurr..
aku tak ada gambar aku terbang-terbang atau lompat-lompat..huhu..
mula-mula aku nak guna gambar someone ni..
tapi dalam berfikir-fikir nak minta keizinan untuk menggunakan gambar someone tu, aku teringat yang aku mempunyai koleksi gambar lama (koleksi lah sangat..gambar semasa berada disemester dua saja pun.. (; )..
yang ni kena mintak izin juga tak?
kalau tuan punya badan ada datang jenguk, khasnya untuk model lelaki dan amnya untuk model perempuan, "korang,aku pinjam korang jadi model gambar untuk aku join contest tau?! hehe.. ;p"
jadi, aku pun menetapkan untuk menggunakan gambar tersebut..
gambar tersebut telah aku edit..hehe..
kerana didalam syarat pertandingan tersebut tidak dinyatakan bahawa gambar tidak boleh diedit..hehe..
kan tyra kan? ;D

okay..
di sini aku sertakan syarat-syarat pertandingan tersebut:-

Syarat-syarat contest ;

1. Follow blog ungu ini supaya anda sentiasa update dengan perkembangan contest ini.
[lama sudah ku follow ^^~] 

2. Buat satu entry yang bertajuk JUMPING HIGH PHOTO CONTEST.
 [inilah entry nya :)]

3. Muat naik gambar yang mahu anda taruhkan dan ceritakan mengenai gambar itu.
[aku upload di bawah ini

4. Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
[sila scroll ke atas ya tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekalian

5. Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii hehe.
[permintaan dipenuhi] 

6. Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)
[habis buat entry ni aku letak okay? =)] 

7. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahuu okay ;)
[aku nak tag idah (suka nak tag ko.. ;p), syazwan aizad, adieb dan husnalana (hope ko join contest yang ni okay? ^_~)]



dah habis baca syarat-syaratnya..
jadi aku tepekkan gambar yang menjadi subjek untuk contest ni..
tak menarik mana pun nak dibandingkan dengan orang lain.. :)

aku si tukang tangkap gambar saja..tak pandai nak lompat-lompat begini.. :)





cerita disebalik gambar ini:
ketika ini kami tanpa berfikir panjang membuat perancangan untuk menjadi burung hantu malam itu..
hehe..
bosan gila kami waktu itu..bosanlah sangat..
padahal sebagai pelajar sepatutnya tiada istilah bosan kerana kebanyakan waktu seharusnya dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran..haha..
tapi kami ini kan remaja.. ;p
ahh..alasan semata..haha..
waktu ini kami bertiga menghabiskan masa dengan berjalan-jalan tanpa tujuan..
melalui satu jalan..
sambil menangkap gambar dan berposing di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai..kekeke..
gambar di atas adalah salah satu hasil berposing di tengah-tengah jalan yang memang tidak banyak dilalui oleh kereta jika pada waktu tengah malam..
hoho..berani juga kami ni..haha..
ada juga beberapa buah kenderaan melalui jalan itu..
mereka melihat kami dengan pandangan yang amat pelik kerana merayau-rayau di tengah malam buta..kakaka..


sekali lagi, tarikh tutup contest ini adalah pada 20/03/2011 ye kawan-kawan..
mari ramai-ramai join contest nih!!!
walaupun tidak di'tag', kawan-kawan yang berminat boleh sertai..



4 comments:

  1. ahaha terbaik lah kau joinn ;)
    tengs taw and goodluck !

    ReplyDelete
  2. tyra,nasib baek ade gambar nye..
    lau tak,sayonara la contest kau nih..hehe..
    lg pun aku saje jep nak memeriahkan contest ko ni..
    sbgai sokongan moral..
    ahaxx.. ;]

    ReplyDelete
  3. Macam citer filem perang je..hehe

    Jom join GA header
    http://mrsfiza212.blogspot.com/2011/02/ga-jom-kami-buatkan-header-untuk-kamu.html

    Jom cuci gambar passport kalis air 32 keping RM7
    http://naman0807.blogspot.com/2011/01/jom-cuci-gambar-passport-34-keping.html

    ReplyDelete
  4. n@m@n,hehe..ade la sikit2 mcm perang2..gmbar org tengah tak ade keje..ni la hasil nye.. =)

    ReplyDelete

kamsahamnida reader-ssi ^.-

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~