Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan
tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji
dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang
pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya
berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu
saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya
menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun
masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa
nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut
dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama
mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa
mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di
Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa
nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja
kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak
sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus
jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak
ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya
tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik
dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan
menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa
dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita
tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh
dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wa
nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh
doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke
petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan
jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut
terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan
jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan
wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih
tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak
sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman
pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha
untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke
Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada
masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding
hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual
haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan
gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh
doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor,
keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu,
akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka
sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang
wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil
menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan
muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya
bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan...
kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa
pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan
kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun
kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan
suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu
Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul
Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan
syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak
pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara
api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh
ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke
dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan
suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut
kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti
menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh
nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis
teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya
pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi
makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu
melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab
kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya
menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula
perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun
terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan
perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula
makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam
mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya
terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya
termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak.
Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar
berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling
warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu
pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya
semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak
sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri
kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat
ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa
buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita
itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan
semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu
dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya
kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah
merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau
Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak
betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan,
kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah
pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi
macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri
ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan
kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini,
bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan,
rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok
rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10
orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau
hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak
ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam
pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia
masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula
yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari
haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar
solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab
semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia
berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu
lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal....
. " itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU
KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM
SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
sumber: notes dari facebook
No comments:
Post a Comment
kamsahamnida reader-ssi ^.-