Into My World: Oat Tomyam

Wednesday, 21 November 2012

Oat Tomyam

ada siapa-siapa yang cuba nak diet?
simpan oat paket besar berbulan-bulan dalam kabinet atau almari?
jemu makan oat dengan susu je?
cuba resepi mudah ni.
mungkin boleh jadi salah satu cara nak sedapkan oat yang tawar tak boleh nak masuk tekak tu. (;

Bahan-bahan
1 cawan oat segera
2 cawan air
1 s/b sos tomyam
1 labu bawang besar [dimayang]
2 s/b ikan bilis goreng
2 s/b minyak

Cara
1. Didihkan air dan masukkan oat. Kacau sehingga oat nampak kembang.
2. Masukkan pes tomyam dan kacau rata.
3. Gorengkan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan oat dalam pinggan dan taburkan bawang goreng dan juga ikan bilis goreng.
5. Hidangkan.


nampak lagi menyelerakan kan? yang ni resepi yang di-modified sikit daripada resepi asal kat sebelah atas tu. ditambah ikan kembung, sayur pak choy dan lobak merah.



note(s): untuk pengetahuan, aku belum cuba pun lagi resepi ni. entah bila la boleh cuba. oat satu balang besar tu cuma berapa sudu je aku cedok. XD


No comments:

Post a Comment

kamsahamnida reader-ssi ^.-

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~