Wednesday, 6 November 2013
DreamEDGE CAD Training
Salam readers.
Alhamdulillah. thank you ALLAH. walaupun tak dapat training SL1M dengan MAS (Malaysia Airlines), tapi ada hikmah di sebaliknya. Allah bagi rezeki lain pula. dalam post lepas, aku ada beritahu yang aku buat preparation untuk interview kan? haa. baru petang tadi CIC UniMAP buat announcement untuk siapa yang layak menyertai training CAD di DreamEDGE Sdn Bhd, Taiping, Perak. terima kasih CIC UniMAP bersusah payah anjurkan program macam ni dengan industri untuk graduan yang belum dapat kerja macam kami ni. ;)
terima kasih juga buat kawan-kawan yang doakan. tapi yang penting, doa mak abah aku dah ALLAH makbulkan. masa aku beritahu aku dapat pergi ke sesi interview hari tu, mak aku kata cubalah dulu. mana tahu dapat. dan akhirnya, memang dapat. masin mulut mak. terima kasih mak abah. ^^,
hari isnin lepas, sesi interview tu tak ada interview pun. pihak DreamEDGE cuma bagi briefing sikit pasal background syarikat, achievement sepanjang penubuhan, details oleh human resource kalau diserap jadi perkerja tetap di situ, dan maklumat berkenaan training CAD yang bakal bermula pada 11 Nov 2013 ni. tak rugi aku datang. sebab biasanya mana-mana company pun, even training je, dorang akan interview dulu candidate yang dah shortlisted. tapi company DreamEDGE ni baik bak kata Pn. Azfarina, HR syarikat, sebab tak buat pun sesi temuduga. dorang cuma bagi test yang mana soalan-soalannya adalah daripada pengetahuan umum. tak ada pun lukisan-lukisan macam yang senior(yang pernah datang temuduga DE) khabarkan. soalan hukum fizik, Samsung release jam digital terbaru apa, tempat buat kereta terbesar kat mana, dan yang tak boleh blah, soalan bola piala Malaysia 2013 pun ada! ingatkan dorang bergurau je. rupanya betul keluar. nasib kami la kut dapat soalan luar alam macam tu. haha. mungkin juga lain batch, company bagi lain soalan.
training yang bakal kami akan lalui ni, ada 2 stage. pada 2 minggu pertama adalah CAD training yang mana syarikat akan bagi sijil lepas tamat CAD training tu. so, kalau dah habis CAD training, nak teruskan boleh, tak teruskan pun tak apa. lepas tempoh 2 minggu, kami akan diberi kontrak untuk kami tandatangan untuk menyambung tempon percubaan selama 3 bulan yang mana kami terikat dengan syarikat.
tetapi, tempoh probation tak menjanjikan yang kami semua akan diserap bekerja. kalau ada yang perform lepas 3 bulan training, CEO syarikat akan interview. kalau dapat jawab interview dengan cemerlang, boleh terus masuk kerja. kalau tak berapa nak cemerlang, syarikat akan tambah lagi tempoh training selama 3 bulan. sepanjang training, kami diberitahu, setiap bulan kami akan diuji untuk dinilai tahap kecemerlangan kami sepanjang diberi tugasan. dorang nak tengok sama ada kami ni sungguh-sungguh tak follow program latihan tu. kalau tak lulus ujian bulanan, peserta akan disingkirkan serta merta. walaupun tersingkir, pesrta tak rugi sangat sebab dah ada sijil yang training 2 minggu tu. kajian syarikat mendapati bekas peserta training yang lepas senang dapat kerja dengan adanya sijil daripada DreamEDGE ni. untung-untung.
so kalau kawan-kawan ada peluang dapat training CAD dengan DreamEDGE, jangan lepaskan peluang tau! rugi! eh, panjang pula aku bercerita hari ni. apa-apa pun, korang doakan aku dengan kawan-kawan lain ea semoga dipermudahkan segala urusan kami sepanjang mengikuti program latihan ni. amiin.
nota kaki: kalau korang nak tahu DreamEDGE ni syarikat apa, boleh lawati laman sesawang DreamEDGE kat sini http://bit.ly/HJqf8r. nak tahu lanjut boleh cari di arkib surat khabar-surat khabar elektronik Malaysia menggunakan kata kunci 'DreamEDGE'. ni salah satu artikel berkenaan syarikat daripada surat khabar elektronik berbahasa inggeris, NST. http://bit.ly/1aBJY6R
Tuesday, 5 November 2013
Universiti Malaysia Perlis jjang! pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan daebak!
salam kawan-kawan.
pernah tak korang kalau pergi mana-mana, orang tanya 'adik belajar kat mana?'. mesti pernah kan. lepas tu korang sebut nama singkatan universiti tempat korang belajar. tapi orang tu bila dengar je, muka berkerut-kerut. dia tanya 'kat mana tu?'. lepas tu dengan muka senyum terpaksa jawab, 'ala, yang dekat situ-situ tu'. dalam hati sedih je orang tak kenal universiti tempat kita belajar.
sebenarnya, ni juga antara pengalaman aku kalau sedara-mara makcik pakcik berkumpul kat kampung. bukan takat tu je. dengan orang lain pun. tapi kalau kat area utara; kedah, penang, perlis, in sha Allah dorang tau. mungkin sebab universiti tempat aku belajar tu, masih hijau lagi. masih baru nak menempa nama kat Malaysia ni. masih baru nak bersiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan universiti-universiti hebat lain kat Malaysia ni.
gigih Dato' NC (Naib Canselor) UniMAP promosi nama UniMAP sana sini. masuk tv lah, masuk surat khabar lah. Alhamdulillah UniMAP makin dikenali ramai. aku ucap terima kasih kat Dato NC. selain Dato' NC, pensyarah-pensyarah juga banyak membantu sama-sama naikkan nama universiti. contohnya melalui penyertaan-penyertaan dorang dalam mana-mana acara pertandingan tak kira di dalam negara atau luar negara. hasil kajian dorang banyak merangkul pingat-pingat seperti emas, perak dan gangsa. kalau kalau tak dapat pingat pun, paling-paling koman pun mesti dapat anugerah khas. aku sebagai alumni tumpang bangga dengan hasil usaha mereka. bila jumpa orang lain, boleh la aku bragging pasal dorang menang pingat etc etc. hehe.
dan yang terkini, UniMAP dah lakar lagi satu kejayaan di luar negara. surat khabar Utusan Malaysia ada keluarkan berita bertajuk, Dua produk penyelidikan UniMAP rangkul pingat emas di IENA 2013. malas aku nak tepek berita tu kat sini. korang boleh baca di laman sesawang Utusan sendiri. http://bit.ly/1b3jCHn . salah seorang daripada pensyarah-pensyarah tersebut, Dr. Amir Raziff tu pernah mengajar aku waktu tahun satu dulu. subjek Electric Circuits 1. mujur lulus walaupun aku banyak main-main masa dia mengajar kat kelas. ampun. tahniah aku ucapkan buat penyarah-penyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan yang lain yang menang anugerah sama. untuk pengetahuan, Dato' NC sendiri turut menyertai pertandingan ni. tahniah juga buat Dato' NC dan ahli kumpulannya serta pensyarah yang lain yang terlibat.
gambar ihsan Utusan dot com dot my |
selain itu, pensyarah yang pernah mengajar aku subjek Antenna and Propagations & Mobile and Satellite Communications System, Dr. Faizal Jamlos, baru-baru ni telah menyertai The British Invention Show 2013 dan berjaya menggondol 2 pingat emas serta dianugerahkan Special Award: Double Gold. fuhh. tidur dengan emas lah dr. lepas ni. keke XD. artikal tu korang boleh baca kat sini http://bit.ly/1cLzBv2 .
tahniah Dr.! | gambar ihsan scce-unimap dot edu dot my |
nota kaki: sebutan betul UniMAP adalah yu-ni-mep. bukan yu-ni-map (baku) okey..? sedih bila dengar orang salah sebut. sobs TT^TT
Korea Fair @ Isetan KLCC
moh le kite serbu! | sumber: Isetankl dot com dot my |
dapat cuci mata pun jadilah.
huaaa TT^TT
nak EXO merchandise!!!
don eopseo~
Labels:
Isetan,
KLCC,
Korea Fair,
Kpop,
SMTOWN
Monday, 4 November 2013
rezeki 20sen
salam kawan-kawan.
dalam pada aku sibuk-sibuk prepare untuk temuduga esok (dah masuk hari ni dah time aku tulis nih), sempat lagi aku ber'share-share' dengan 8share.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas rezekiMu.
walaupun cuma 20sen, tetap jua rezekiMu ya Allah.
kalau orang lain (aku tak kata orang yang baca ni ye (; ) buang-buang 20sen tu, tapi aku saaaayang 20sen.
kalau terjumpa kat mana-mana especially dalam rumah aku, mesti aku kutip masuk tabung.
esok-esok dah banyak, boleh masuk bank.
boleh tambah-tambah simpanan untuk pergi haji esok lusa. ^^,
owh, murninya niat. ;D
moga diperkenan Allah hajat yang satu ni untuk aku lengkapkan rukun Islam yang ke-5 nih. amiin.
abaikan total cashout to date yang masih RM0.00 tu sebab aku baru berjinak-jinak dengan 8share nih. hiks. |
jom join 8share sama-sama dengan aku.
http://bit.ly/Zov11l @ klik banner 8share kat sidebar sebelah kanan tuh.
kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! ^.^
nota kaki: suka la bagi iklan yang dah nak due date kat aku. sigh. =.="
Saturday, 2 November 2013
kerja si penganggur
Alhamdulillah.
permulaan bulan baru yang baik.
ada rezeki dapat interview training/on job training dengan DreamEDGE isnin ni.
in sha Allah kalau tak ada halangan, sampai lah aku kat tempat interview tu nanti.
doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan. ^^,
JOB HUNTING.
perkara biasa bagi graduan yang sudah tamat belajar.
contohnya macam aku.
nota kaki: mungkin tak ada rezeki dengan MAS. kena usaha lebih lagi untuk dapatkan kerja! fighting!
Labels:
interview,
job hunting
Subscribe to:
Posts (Atom)