Into My World: 2010

Tuesday, 28 December 2010

Bicara Hati & Akal

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..


Akal : Assalamualaikum, sahabat.


Hati : Waalaikumussalam...


Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...


Akal bertanya sekali lagi.


Akal : Apa khabar iman anda?


Hati : Kurang sihat mungkin.


Akal : Mengapa?  


Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...


Akal : Dia yang mana, sahabatku?


Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..


Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.


Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.


Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.


Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.


Akal : Apa makna cinta?      


Hati : Kasih dan sayang.


Akal : Bagiku cinta itu gila.


Hati : Mengapa pula?


Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?


Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.


Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?


Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.


Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.


Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?


Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?


Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?


Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..


Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...


Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!


Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...






sumber asal: iluvislam




'Ya Allah, Yang Maha Menyintai, Yang maha pengasih, Yang Maha Penyayang, Yang Memiliki Segala Cinta, Yang Menggenggam Segala Kasih Sayang, aku memohon daripadaMu ya Allah, agar Kau wujudkan rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku ya Allah, semoga jiwa ini tenang dengan merasakan cinta kepadaMu ya Allah.. Ameen ya Rabbal alamin..'









Saturday, 25 December 2010

Dalam kenangan

patut la asyik teringat jep..rupa2 nye dia nak pergi jauh..

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN..
sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadaNya nanti kita akan kembali..
Al-fatihah untuk arwah siti nabilah anuar..
adek, semoga roh mu aman..
16 julai 1991 - 23 disember 2010..


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati



   
   
   
   
   
   

Powered by Podbean.com
   




p/s: dia ex-smk banting..my junior..teringat kenangan2 kat hostel dulu2.. :'| 


Thursday, 23 December 2010

Result

ramai yang mengeluh..
tapi nak buat macam mana..
benda dah berlalu..
terima aje lah..hehe..
tak payah dah nak pandang ke belakang lagi..
so, JANGAN PANDANG BELAKANG..kekeke..
dan semester depan, pastikan tak ada paper yang kena repeat or dapat p1 ke,p2 ke..
nanti orang lain dah grad, kita masih tersangkut kat situ lagi..
mengulang benda yang sama..
nauzubillah..mintak simpang..
mesti bosan..
orang lain dah kerja, tapi kita masih belajar..
menghadap buku, lab report yang bertimbun (kalau subjek 4 mata kredit banyak kena repeat r..so akan ada banyak lab)..
huhu..bosan2..
memang la orang kata waktu tengah study ni adalah waktu yang paling best sebab tak payah fikir pasal kerja..
boleh enjoy dengan member2..
tapi kalau dah tinggal sorang2, mesti dah tak seronok gak kan?
nanti kawan dengan adik2 junior la pulak..heheh..

kesimpulannya, kurangkan main..
tapi tengok drama korea or jepun or taiwan ngan movie tak per..kakakakaka..
sebab housemate aku (student chinese) hari2 tengok drama and movie kalau dah bosan study..
heheh..
tapi result dorang (sem2 lepas r..sem ni punya tak tau lagi..hehe..) gempak2 kot..
dekan, bestari, semua dorang bolot..hoho..
tabik spring r..
tapi dorang time study, study betol2..
tak dek nye nak bising2 dengar lagu ker, sambil2 makan ker, sambil2 tengok movie ker..
tak dek..fokus habis r..
sampai jam berdetik pon bole dengar..
(metafora habis..hahahaha..)

ha, korang budak2 ipta yang dah keluar result, macam mana pulak?
o.k ker k.o?
hehe..harap2 nye semua o.k la kn?..
kalau result o.k mesti mak bapak korang happy..
itu jer la satu2 nye cara nak happy kan mak bapak sementara masih belajar ni, lepas dorang susah payah hantar korang masuk universiti, kasi duit belanja lagi..
nanti dah kerja lain cerita pulak..



p/s: result tak gempak pun..lebih kurang sem lepas jep..huhu..macam mana la sem depan ea?hanya Allah jep yang tahu kerana Allah Yang Maha Mengetahui sesaat ke hadapan..





Monday, 20 December 2010

'For The Rest Of My Life'

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir " - Ar-Rum : Ayat 21


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, 
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, 
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, 
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, 
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai "


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."


“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat. Ya Allah, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua pasangan mempelai ini. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.“

selamat pengantin baru!!!!

makcik sedareku dan suaminya..

akak sepupuku dan suaminya..
       


special dedicated to them:


I praise Allah for sending me you my love
You're finally home and stay with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinkin' that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be loving you…loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now n' forever I'll be there for you
I know deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And ask Allah to bless all we do
You're my wife n' my friend n' my strength
N' I pray we're together in jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you

For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know deep in my heart

Neither to fear you're in front of me
I strongly feel in love
I strongly feel in love
And I know that
Nothing in doubt that I will love you eternally

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know deep in my heart




-For The Rest Of My Life-
-Maher Zain-

   
   
   
   
   
   



p/s: buat suami2, kalau dalam hati anda ada taman, dedicate kan lah lagu ni untuk isteri2 anda..hehehe.. ;)


Friday, 10 December 2010

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

dalam pada mengoogle berkenaan novelis islamik bersama atuk google,
aku pun terjumpa lah artikel ini di sini..
ingin aku share kan bersama-sama kalian sebagai panduan dan peringatan..
kalau ada yang ikut nasihat ni,untung2 dapat jugak saham pahala kerana menyebarkan kebaikan..
pergh..
kelihatan nye over di situ ye kawan2..
kekeke..
kiddin..
jum layan..
menarik nih.. ;D



jasa baik atuk google ^^~


Berikut adalah nasihat2 berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1) Janganlah kamu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kamu berkahwin dengan 'si dia'.

2) Bercintalah kamu dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

3) Jika kamu ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kamu berhak menjadi milik 'si dia'.

4) Jika kamu menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariat-Nya.

5) Kebahagiaan yang kamu lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kamu diijabqabulkan.

6) Jikalau kamu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka kamulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7) Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.

8) Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9) Jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10) Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagian darimu.




p/s: Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang, namun ada kemungkinannya ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


Sumber: iluvislam.com





***************************************



Sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri… tanyalah diri masing-masing… Cintakah kita kepada si dia? Apakah kita sudah layak dianggap sudah mencintai-Nya dan Rasul-Nya? Sebesar manakah cinta kita kepada Dia dan Rasul-Nya? Adakah kita sudah layak mengakui bahawa kita amat cintakn Dia dan Rasul-Nya? Kalau kita masih belum layak, maka sedarilah hakikat bahawa kita juga masih belum boleh mengakui cinta kita kepada si dia…

Tidak dinafikan, soal perasaan memang agak sukar nak ditahan. Semakin kuat kita menahannya, semakin banyak dugaan yang datang. Sentiasalah ingatkan diri, mana mungkin mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, dan mana mungkin mencintai diri sendiri andai belum mendapat cinta Ilahi… Semoga kita semua dijauhkan daripada cinta yang palsu… Carilah cinta Allah, kerana dengan mencintai Allah, kita akan dapat mencintai makhluq-Nya juga. InshaAllah…

Sahabatku… ALLAH memujukmu, at-toyyibaat littoyibiin (an-Nuur:26)... Wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya… Telah tercatat seungkap nama lelaki/ perempuan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan sejauh mana ketinggian peribadimu. Oleh itu jika kamu thabat di atas jalan ALLAH, inshaALLAH, si dia turut di jalan yang sama.. Lupakanlah segala kegundahan, teguhkanlah diri kepada cinta hakiki, nescaya cinta lelaki/perempuan soleh/solehah akan turut kamu miliki... Ingatlah.. ALLAH menyayangimu… senyum dan bersabarlah kamu pada sinar yang menantimu di masa hadapan...

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, janganlah sibukkan diri kita dengan hal-hal yang sudah pasti (jodoh pertemuan ajal maut)… tetapi sebaliknya sibukkanlah diri kita dengan hal yang masih belum pasti (akhirat)… Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya… aamiiiin…







aku tak pandai nak mengulas..
jadi aku pinjam ayat orang..
hehe..


p/s: masih kekurangan..

Wednesday, 8 December 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

buat kaum hawa..
peringatan untuk diri sendiri juga.. (:


sekadar hiasan, carian atuk google..


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubung kait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa,
semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh,
berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing,
jangan keluar berseorangan,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam…



source : here



p/s: sedang mencuba..


Tuesday, 7 December 2010

Buat kamu-kamu..

hoho..
berderet pulak birthday member ni..
hehe..
so 1 more special entry untuk kawan2 aku yang sama2 belajar kat kolej matrikulasi kedah dulu..
walaupun sekelas cuma 1 semester jep..
tapi rasa macam kenal korang da lama..
(ayat maniiissss..kekekeke.. ;D)
ahakxxx..
tapi serius korang memang best!!!
^^~


both of them lahir hari yang sama..
6th of december 1990..
cuma waktu jep kut yang lain..
kan2?
hehe..

nama mak ayah dia kasi Qurratuaini Husna bt Syed Hussin@husna..sedap en2?=)

yang ni pulak kembar lain mak lain bapak diberi nama Muhammad Nor Mustakim bin Abu Bakar@mus..hehe..




























"if only you knew a fraction of how much God takes care of you in a single day, you would smile for eternity..
maybe you think today is special coz it seems like the world cares for you when everyone wishes you..
but the fact is everyday is special with Allah's love!"
(this ucapan is taken somewhere here sebab best kut wish ni!! ^^~)


happy birthday guyz!!!
may Allah bless..



with love,
your friend..



p/s: en3 lambat sehari..heheh..janji ada kn2?..ini sebagai ganti hadiah..terimalah seadanya (:

Sunday, 5 December 2010

May Allah Bless

Selamat Hari Lahir!!!



acap
5/12/2010


********




adekku buat mulut itik..kekekeke..

























3/12/2010



p/s: may Allah strengthen when you stand, comfort you when discouraged or sorrowful and raise you up if you fall..(:


Saturday, 4 December 2010

Panduan bersahabat


pic taken here


Imam Syafie punya nasihat pasal panduan bersahabat..
jom scroll...



sahabat yang baik..
- aku mencintai sahabat2 ku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan dengan ku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau pun setelah aku mati. 
- aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka atau pun duka. jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. 
- kuhulurkan tangan kepada sahabat2 ku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. 
- semakin banyak aku perolehi sahabat , aku semakin percaya pada diri.


mencari sahabat di waktu susah..
- belum pernah kutemukan di dunia ini  seorang sahabat yang setia dalam duka. 
- padahal dalam hidup ku sentiasa beputar-putar antara suka dan duka. 
- kalau suka melanda aku sering bertanya, "siapakah yang sdui menjadi sahabat ku?" . 
- dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


menghormati orang lain..
- barang siapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. 
- begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan. 
- barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. 
- begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


menghadapi musuh..
- ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hati ku lega, jiwa ku bebas dari bara permusuhan. 
- ketika musuh ku lewat di hadapan ku, aku sentiasa menghormatinya. 
- semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diri ku dari kejahatan. 
- aku tampakkan keramahan ku, kesopanan ku dan rasa persahabatan ku kepada orang2 yang aku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang2 yang ku cintai.


*manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.
padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


#nasihat dipetik daripada tabloid iluvislam 3-9 dis 2010


this pic too taken here


belum lagi aku jumpa kawan yang semacam asiah yusra [tautan hati]..
yang betul2 ingin membawa kawan2 nya mengenal Allah dengan lebih dekat..
mencintai Allah lebih daripada yang lain..

tapi kawan susah senang aku insyaAllah dah jumpa.. :)
korang2 la kawan2 aku!!! ^^~

cuma tinggal kami memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik daripada sekarang..
semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya..
insyaAllah ameen..


p/s: "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara." (surah al-Hujarat ayat 10)


Friday, 3 December 2010

K.A.M.i #1: Main Bowling

eon, hadi, syah, izwan, badriyah, rina, dan aku..

tak ada gambar sangat..
syok main..
tengok la apa yang ada ni..
yang penting kita enjoy!!!
^^~












highest score : hadi - 127
2nd: badriyah - 124
3rd: rina - 97
4th: izwan - 96
5th: eon - 77
6th: nami - 74
7th: syah - 40


orang yang paling last tu banyak buat experiment..
tu pasal markah sikit.. 
bakat terpendam dan saja dipendam-pendam.. :p




#kredit pic untuk hadi dan badriyah.. ;)



p/s: apa kata main bowling ni kita jadikan aktiviti rutin hujung minggu sebagai aktiviti riadah jugak..ok tak? heheh..sambil2 tu boleh asah bakat..kot2 boleh jadi wakil U ker..kekekeke..;D


Wednesday, 1 December 2010

It's a Good Day

by jeffrey


walaupun macam2 yang tak kena hari ni..
actually sejak petang tadi la..
tapi hari ni adalah hari yang baik bagi aku..
sejak petang tadi, asyik senyum jer sampai penat dah senyum..
*ida pun cakap lenguh pipi dia sebab senyum + gelak2 jer*
hahaha..

hari yang baik jugak sebab dah habis exam!!!!
weeee~~
alhamdulillah.. :)

tapi berdebar tunggu result lak..
dup dap dup dap..
huuuu~



p/s: harap2 esok dah dapat balik my mobile..walaupun handphone buruk jep.. ^^~

Tuesday, 30 November 2010

Kesedaran Tertinggi

Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana? Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit‐sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.


Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.


Ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dariMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah. Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah.

Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa‐apa usaha pun ya Allah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.

Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala‐galanya ya Allah.

Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah.

Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah. Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah.

Ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah. Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah.

Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.





dari blog aina emir..cantik ^^~






















p/s: jom sama2 berdoa!!! :)

Monday, 29 November 2010

My heart

ilyfae babe!! ^^~


Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin, tak akan pernah
Sayangku akan hilang...

If we love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
I wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart...
My heart... 



   
   
   
   
   
   
   


    
p/s: hiksss..jiwang..;p.. digit esok~ ketaq ceq..huhu..

~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~