Into My World: ~lelaki~
Showing posts with label ~lelaki~. Show all posts
Showing posts with label ~lelaki~. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Imam

Salam kawan-kawan blog ku.

kekeke. gelak sorang-sorang aku baca status Rusydee Artz pelukis kartun islamik kat facebook.


"Kalau dah semua wanita yang tidak menutup aurat, tidak menjaga pergaulan, tidak menjaga batas agama itu kamu kategorikan sebagai TIDAK BAIK dan TIDAK LAYAK dijadikan isteri...

Kamu juga TIDAK LAYAK menjadi suami mereka.
Sebab kamu bukan pandai MENDIDIK dan MEMBIMBING.
Cuma pandai melabel dan mengata.

Jadilah pembimbing.
Bukan PEMILIH isteri cantik lagi solehah untuk diambil gambar, ditayang di facebook, diperagakan bersama sebagai role keluarga muslim bahagia dan dengan riaknya berkata dalam hati,

"Wahai umat manusia sekalian, aku dapat isteri solehah! Cayalah aku! Kau ada?"

**

Al-jawab,

"Ada. Aku ada. Aku dah save gambar isteri solehah kau. Kau marah tak?" "



kekeke. sarkastik sungguh ayatnya. apa yang ditulis tu adalah kenyataan yang semua orang boleh nampak. lelaki sekarang kadang-kadang mereka tak sedar apa yang mereka dah lakukan. contohnya bila masuk bab mengutuk artis perempuan yang seksi kat Malaysia ni. aku bukan kata nak sokong artis-artis seksi tu, tapi sedih dengan perangai dorang yang kalau kutuk tu, macam dia tu betul sangat. sabar je la. orang selalu kata perempuan ni kuat buat ketupat (mengumpat). tapi lelaki kalau dah sekali mengumpat/mengutuk, lebik teruk daripada orang perempuan.


sebelum Rusydee Artz keluarkan status, sebenarnya rakan facebook aku, Insyirah Soleha, dah buat dulu status pasal lelaki ni.


"Ramai lelaki menetapkan ciri-ciri wanita yang mereka inginkan sebagai isteri. Tapi mereka lupa, seorang IMAM tidak boleh memilih MAKMUMnya sendiri. Hanya MAKMUM yang berhak menentukan siapa IMAM yang ingin mereka ikut. Tanpa MAKMUM, maka tiadalah IMAM.

Jadi kepada wanita yang belum berkahwin, carilah IMAM kamu dengan teliti... Jika kamu rasa dia tak layak atau tiada ciri-ciri yang kamu inginkan, maka carilah calon IMAM yang lebih sesuai. Inilah IMAM yang akan membimbing kamu selama hayat kamu dikandung badan.. Perbanyakkan Solat Hajat dan Istikharah.


InshaAllah,

Perempuan yang baik akan ditemukan dengan lelaki yang baik-baik, dan begitu jugalah sebaliknya."



memang tak dapat nak disangkal kenyataan ni. tapi jangan terlebih-lebih pilih pulak si perempuan-perempuan nye (termasuk aku la tu XD). karang ada pulak yang membujang sampai tua. keke. apa-apa pun, jodoh tu semua Allah dah tetapkan. kalau tak di dunia, mungkin Allah tangguh dan akan beri di akhirat sana. kita cuma berusaha untuk dapatkan dan buat yang terbaik untuk diri kita sendiri. yang lain, serahkan lah pada Allah. Dia adalah yang sebaik-baik perancang. ^^,



Wednesday, 24 July 2013

Fakta: Kopi

kepada penggemar/hantu kafein, lelaki dan wanita/gadis di luar sana, ayuh baca fakta menarik ni. (;

keratan akhbar Utusan Malaysia, 13/06/13



nota HaeFy: peningkatan peratusan keuntungan bakal terjadi kepada peniaga yang menjual air kopi. teeettt, auta. xP

Sunday, 24 October 2010

Re: dear bakal suamiku..sila baca dengan penuh sabar~

kalau adieb ngan ida ada letak surat untuk bakal suami, sekarang aku letak surat untuk bakal isteri pulak..
hehe..
even aku perempuan pun..
tapi aku nak letak gak..
;))))


*********


Surat buat bakal isteriku(reply version)

Kehadapan my future wife(s),
  I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s),
  I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),
  I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa.
I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. 

Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),
  You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

*********

WinkMailp/s: "bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk."..surat ni copy dari facebook adieb..heheh..

Friday, 6 August 2010

Andai Cinta Hendak Diberi,,




"Kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janjiNya pasti
"
Itulah sedikit dari lagu Raihan.
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama,
kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang....

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana pun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah
pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima
pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang
tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.
Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa
hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat² yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah
pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak
amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan² pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia
memperuntukkan dirinya untuk keluarga dan ahli keluarganya. Jika
keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak
bertanggungjawab.

10-Tenang wajah.
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang² terpancar pada air muka.
Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.







p/s: kalau kita nak pasangan yang terbaik untuk diri kita, kita kena perbetulkan diri kita dulu dan jadi yang terbaik juga untuk pasangan kita.. =)





Sunday, 25 July 2010

Dari Hawa Untuk Adam

Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga
dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak
hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu diakhir zaman, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka
tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.terasa berat
pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku danTuhanmu. Tapi
Adam, nyata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku
telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap
di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti
di tutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam, mengapa kau biarkan aku
begini?

Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru
kepada anak-anakmu. . Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Adakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata
jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
yang tidak pandai mengajar!

Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam....

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-
pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah
aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu!!

Dari itu Adam pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku..




p/s: ah,aq rindu nk gurau2 ngan ko ikan buntal.. ;(
~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~