Into My World: ~amalkan~
Showing posts with label ~amalkan~. Show all posts
Showing posts with label ~amalkan~. Show all posts

Saturday, 9 October 2010

Petua Imam Syafie

  • Empat perkara menguatkan badan Muscle
  1. makan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan Yawn
  1. banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata It Wasn't Me
  1. duduk mengadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang yang hijau
  4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata Nerd
  1. memandang najis
  2. melihat orang dibunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran Thinking
  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi (gosok gigi)
  3. bercakap dengan orang soleh
  4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR Sleepy
  1. TIDUR PARA NABI - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
  2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
  3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
  4. TIDUR SYAITAN Devil - menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




Mailp/s: Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Saturday, 14 August 2010

Marah ker?



Sabda Nabi S.A.W: "Marah itu dari syaitan & syaitan itu dijadikan dari api & api itu boleh dipadamkan dengan air. Maka apabila salah seorang dari kamu sedang marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk".
Dalam hadis yang lain juga, Nabi S.A.W bersabda: "Apabila engkau marah,maka diamlah".(HR: Ahmad, Al-baihaqi dll).






p/s: bulan² puasa ni syaitan tak dek walaupun still ada nafsu..harap² tak dek la yang marah² ye..hehe..

Sunday, 1 August 2010

Manfaat Makan Perlahan

“MAKAN cepat!” Ini mungkin antara arahan yang paling kerap diberikan ibu bapa kepada anak-anak ketika berada di meja makan, tidak kira sama ada di rumah atau di restoran kerana tidak sabar menunggu si kecil menghabiskan makanan mereka.

Mungkin anda tidak tahu bahawa makan perlahan-lahan sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat berkenaan ialah:
  • Mengunyah makanan perlahan-lahan boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur. Air liur kita mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan. Makan perlahan- lahan boleh membantu memperbaiki proses penghadaman di dalam usus kecil, maka penyerapan zat daripada makanan akan menjadi lebih baik. Ia juga akan mengelakkan berlakunya masalah ketidakhadaman seperti sakit perut.
  • Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.
  • Dalam kata lain, kuranglah kalori yang anda ambil. Otak kita mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk mengesan isyarat ‘kenyang’.
Bagi orang yang makan cepat, mereka akan mengambil banyak makanan untuk berasa kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yang masuk ke dalam badan mungkin dua kali ganda daripada yang diperlukan.
  • Makan perlahan-lahan membolehkan kita menikmati keenakan, keharuman dan tekstur makanan dengan lebih baik. Makanan yang dinikmati dalam keadaan tenang akan terasa lebih enak.
  • Mengelakkan masalah pedih hulu hati atau asid refluks. Tabiat makan cepat antara punca pedih hulu hati. Ada yang menggelarnya masalah ketidakhadaman makanan. Jadi, mengapa mahu mempertaruhkan kesihatan perut hanya semata-mata kita mahu cepat beredar dari meja makan?
  • Makan perlahan-lahan adalah antara langkah bijak ke arah kesihatan yang lebih baik. Individu yang makan cepat lebih terdorong untuk makan makanan ringan (snek) yang kurang berkhasiat.
  • Mengurangkan tekanan. Ada pakar pemakanan menyarankan apabila kita makan, kita perlu memberi tumpuan kepada makanan. Ini adalah latihan untuk kita melakukan sesuatu dengan tenang. Ia juga boleh menjadi latihan untuk menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukan.
Individu yang makan cepat lebih cenderung untuk berfikir mengenai kerja atau apa yang perlu dilakukan selepas makan. Ia akan membuatkan individu berkenaan berasa tertekan kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Itu antara faedah makan perlahan-lahan. Tetapi bagaimana kita boleh memperlahankan rentak makan yang sudah menjadi amalan sejak kecil? Ada beberapa langkah yang boleh diamalkan seperti:



  • Luangkan masa khusus untuk makan. Tidak kira berapa sibuk pun anda, apabila tiba masa makan, bangun dari meja dan bawalah bekal anda ke ruang yang dikhaskan untuk makan. Otak dan mata anda perlu rehat. Jadi, inilah masa yang baik untuk berehat.

  • Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat. Berapa kali hendak kunyah? Terpulang kepada anda tetapi ada doktor menyarankan, kunyahlah makanan mengikut umur anda. Jika anda berumur 30 tahun, maka anda perlu kunyah 30 kali. Semakin kita berusia, kita memerlukan makanan yang lebih lembut.

Ini kerana semua organ termasuk usus mengalami proses penuaan, selaras dengan peningkatan umur kita. Makanan yang dikunyah hingga benar-benar lumat adalah lebih lembut kerana mengandungi banyak air liur dan lebih mudah dihadamkan.

  • Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab menentukan corak dan tabiat pemakanan anak. Beritahu mereka untuk makan perlahan-lahan dan manfaatnya. Pastikan tiada gangguan ketika makan. Matikan televisyen kerana ia boleh mengganggu tumpuan terhadap makanan.

  • Letak sudu dan garpu di antara suapan. Ini akan memperlahankan rentak makan anda. Kalau mahu lebih perlahan, cuba makan menggunakan copstik. Jika anda makan dengan tangan, pastikan makanan anda mengunyah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali sebelum menelan.

  • Makan bersama keluarga atau kawan. Makan bersendirian akan menyebabkan anda makan cepat kerana mahu segera beredar dari restoran atau meja makan. Berbual juga boleh memperlahankan rentak makan. Bahkan ia juga cara yang baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

  • Tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam menu harian anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lebih masa untuk dihancurkan.

  • Buat catatan dan rekodkan masa yang anda ambil untuk makan. Ini adalah langkah yang baik untuk melihat perkembangan anda. Ia secara tidak langsung akan mengajar anda untuk makan perlahan-lahan demi kebaikan diri sendiri. 






sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Manfaatmakanperlahan/myMA/myArticle/



p/s: cara makan yang betul..Nabi pun ajar kite supaya kunyah makanan tu 44 kali.. ^^,

Friday, 4 June 2010

Sifat Wahan [al-Wahn]..

credit to capiq sebab share benda baik ni dengan aq..
^___^
so sekarang aq nak kongsi sama2 dengan korang semua pula..


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian.""



aq rasa dulu2 pernah juga dengar cerita ni..
tapi aq dah x ingat sangat..
hehe..
so,bak kata capiq, 'kita dah disuntik dengan sifat wahan. meh buang sama2 meh...!'
;D

Friday, 26 February 2010

سلام مولد الرسول : 12 ربيع الاول 1431ه




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai *Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


sumber : wikipedia 



*Maulid Nabi (ﻣﻭلﺪ نﺑﻲ) merupakan sebuah "Rumah Kelahiran" kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.

Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama "Maktabah Makkah Al-Mukarramah". Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.
sumber : wikipedia




~sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu~
Al-Nasai & Ibnu Hibban



kesimpulannya,jom kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kalau hendak berada dekat dengannya.. ^^,


 Rasulullah S.A.W telah bersabda :
" tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintaimu daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." 
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim





nawal : aku berjanji bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku berjanji bahawa Muhammad itu pesuruh Allah..

Monday, 15 February 2010

the amazing of Ayatul Kursi..

 

makna ayat kursi : Allah! There is no God save Him, the Alive, the Eternal. Neither slumber nor sleep overtaketh Him. Unto Him belongeth whatsoever is in the heavens and whatsoever is in the earth. Who is he that intercedeth with Him save by His leave ? He knoweth that which is in front of them and that which is behind them, while they encompass nothing of His knowledge save what He will. His throne includeth the heavens and the earth, and He is never weary of preserving them. He is the Sublime, the Tremendous.[al-Baqarah 2:255]


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"Subhanallah.







artikel nih di ambil dari blog ini..[link]


nawal : jgn tau hafal lagu jep..hoho..peringatan tuk diri sndri ngan kawan2 k..amalkan selalu..moge2 kite sume akn dpt hikmat2 sprti yg tersebut di atas.. ^_^
~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~