Wednesday, 7 August 2013

Spaghetti Carbonara Creamy

bahan a:
1 biji bawang Holland (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4-6 biji cili padi dipotong halus/kisar/tumbuk (untuk hilangkan muak. kalau tak nak letak pun tak apa)

bahan b:
1 paket spaghetti/fettuccine/macaroni
1/2 paket daging ayam/lembu kisar (aku guna Ramly)
1 tin cendawan butang (hiris nipis. tapi aku potong 4)
1 biji lada benggala (potong dadu. kalau banyak guna 1/2 saja)
3 batang sosej (hiris nipis.kalau nak letak lebih pun boleh)
400ml susu segar (aku guna susu HL. rasa-rasa tak nak kuah banyak sangat, boleh kurangkan)
1 tin sup cendawan Campbell (optional. banyak resepi letak, tapi aku tak guna pun)
2 sudu besar minyak masak
5gram butter
4-5 keping cheddar cheese
oregano (aku tak letak pun sebab tak ada)

cara memasak:
rebus spaghetti hingga masak, dan toskan. gaulkan dengan sedikit butter/minyak untuk elakkan daripada melekat.
masukkan minyak, tunggu panas, masukkan bahan a dan tumiskan sampai naik bau.
masukkan daging ayam/lembu kisar, butter dan garam sekucup rasa. kacau sampai daging masak.
lepas daging masak, masukkan susu, sup cendawan Campbell, kacau sebati dan biarkan mereneh (resepi asal tunggu sampai 5 minit).
kemudian, masukkan cendawan butang, lada benggala, sosej, dan oregano. kacau lagi.
lepas tu, masukkan cheddar cheese. kacau hingga cheese mencair. agak-agak kuah dah pekat sikit (resepi asal tunngu 5 minit) tutup api.
tuang kuah ke atas spaghetti, siap untuk di makan. ^^,v


aku try masak jumaat lepas. aku campur 2-3 resepi yang aku Google ikut selera aku. 4-5 orang boleh makan. jadi, ini lah hasilnya. maaf tak ada gambar sebab tak ada kamera dan memang malas nak tangkap gambar. kalau nak tengok rupa, Google. aku rasa carbonara yang aku masak ni sedap je (masuk lif tekan sendiri. keh3), kena dengan tekak jawa aku walaupun tak ada sup cendawan dengan oregano tu. jadi sebagai ganti untuk perisa, aku letak perencah Hilal sebab kat rumah, mak aku tak suka guna ajinomoto. so, kalau dah bosan makan makanan melayu, apa kata tukar selera sekali sekala makan western pulak dan cubalah masak carbonara ni. kacang. cuma rajin dengan tak je. selamat mencuba! (=



4 comments:

  1. pergh!! masakkkkk je keje ko skrg... sambung study ke? bila start?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah.satu ni je pun yg aku try.
      aku tak sambung kut.
      tak rasa nak sambung lagi.
      ko buat ape sekarang?
      dah dapat job kat mana2 ke?

      Delete
    2. xlagi...duk dkt rumah je..
      xtau nak buat apply kt mana..
      ko?

      Delete
    3. lorh.ingat dah dpt mana2 hari tu.
      x try cari kat jobstreet?
      aku pun melepak lagi kat umah ni.hihi.

      Delete

kamsahamnida reader-ssi ^.-