Friday, 30 August 2013

Hoobae vs Sunbae

lepas satu, satu.
lepas EXO, layan B.A.P (Best Absolute Perfect) pulak. bzzz.
ni la kerja orang yang menganggur.
menghabiskan beras kat rumah, melambungkan bil elektrik.
huhu.

sebernarnya aku cuma nak cerita pasal video muzik je. dah tentu-tentu nye la mv kpop kan. ngee.
mentang-mentang broadband laju, habis bantai buat download je.
sampai jem dah broadband ni tak henti-henti mendownload.
muahahah. XD


B.A.P vs Super Junior

video muzik Crash oleh B.A.P

latar video: Sunway Lagoon, showcase B.A.P di Kuala Lumpur, disebalik tabir No Mercy

mengingatkan aku pada video muzik ni;

Dancing Out oleh Super Junior.

latar video: sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya


persamaan yang aku perasan, dua buah group ni masa awal-awal debut, Malaysia ni adalah negara yang paling dulu dorang jejak. konsert, showcase. promote area asia tenggara dulu baru tembus pasaran US dengan eropah. kan?


B.A.P vs BIGBANG

video muzik ni, Hurricane - B.A.P


sama konsep dengan video muzik ni;

Tonight - BIGBANG


latar tempat adalah di Amerika. yang agak ketara, dalam Hurricane dan Tonight ni, Himchan dengan Taeyang drive kereta tak berbumbung walaupun bukan jenis kereta yang sama. kan?




nota HaeFy: "eung~ eung~ uri Yonggukie myossal? sumul se sal". aigoo kiyowo. >.< lagi kiut daripada Zelo.hahah.


Sunday, 25 August 2013

Saengilchukahamnida HaeFy-ssi

Alhamdulillah. thank you Allah.
23 tahun pada tanggal 18 Syawal 1434H bersamaan 25 Ogos 2013.
thanks pada adik-beradik serta kawan-kawan yang doakan kesejahteraan.
semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.
in sha Allah, amiin.

Ya Allah! ampunilah bagiku segala dosaku, dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sewaktu aku kecil. amiin.



Wednesday, 7 August 2013

Spaghetti Carbonara Creamy

bahan a:
1 biji bawang Holland (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4-6 biji cili padi dipotong halus/kisar/tumbuk (untuk hilangkan muak. kalau tak nak letak pun tak apa)

bahan b:
1 paket spaghetti/fettuccine/macaroni
1/2 paket daging ayam/lembu kisar (aku guna Ramly)
1 tin cendawan butang (hiris nipis. tapi aku potong 4)
1 biji lada benggala (potong dadu. kalau banyak guna 1/2 saja)
3 batang sosej (hiris nipis.kalau nak letak lebih pun boleh)
400ml susu segar (aku guna susu HL. rasa-rasa tak nak kuah banyak sangat, boleh kurangkan)
1 tin sup cendawan Campbell (optional. banyak resepi letak, tapi aku tak guna pun)
2 sudu besar minyak masak
5gram butter
4-5 keping cheddar cheese
oregano (aku tak letak pun sebab tak ada)

cara memasak:
rebus spaghetti hingga masak, dan toskan. gaulkan dengan sedikit butter/minyak untuk elakkan daripada melekat.
masukkan minyak, tunggu panas, masukkan bahan a dan tumiskan sampai naik bau.
masukkan daging ayam/lembu kisar, butter dan garam sekucup rasa. kacau sampai daging masak.
lepas daging masak, masukkan susu, sup cendawan Campbell, kacau sebati dan biarkan mereneh (resepi asal tunggu sampai 5 minit).
kemudian, masukkan cendawan butang, lada benggala, sosej, dan oregano. kacau lagi.
lepas tu, masukkan cheddar cheese. kacau hingga cheese mencair. agak-agak kuah dah pekat sikit (resepi asal tunngu 5 minit) tutup api.
tuang kuah ke atas spaghetti, siap untuk di makan. ^^,v


aku try masak jumaat lepas. aku campur 2-3 resepi yang aku Google ikut selera aku. 4-5 orang boleh makan. jadi, ini lah hasilnya. maaf tak ada gambar sebab tak ada kamera dan memang malas nak tangkap gambar. kalau nak tengok rupa, Google. aku rasa carbonara yang aku masak ni sedap je (masuk lif tekan sendiri. keh3), kena dengan tekak jawa aku walaupun tak ada sup cendawan dengan oregano tu. jadi sebagai ganti untuk perisa, aku letak perencah Hilal sebab kat rumah, mak aku tak suka guna ajinomoto. so, kalau dah bosan makan makanan melayu, apa kata tukar selera sekali sekala makan western pulak dan cubalah masak carbonara ni. kacang. cuma rajin dengan tak je. selamat mencuba! (=



Thursday, 1 August 2013

TT.TT (yuyu)

TT.TT

yeah i know.
rezeki kat tangan Allah.
Dia boleh beri rezeki pada mana-mana hamba yang Dia suka.



HaeFy: no one willing to click on it. TT____TT