Friday, 19 July 2013
Tudung
Benar..
Bertudung belum tentu baik imannya.
Akan tetapi wanita yang baik iman sudah pasti bertudung bukan?
Benar..
Menutup aurat bukan jaminan tak pernah berbuat dosa.
Akan tetapi menutup aurat sudah pasti mengurangi dosa.
Sekurang-kurangnya telah menggugurkan dosa kewajiban menutup aurat.!
Benar..
Bertudung bukan jaminan selalu dekat dengan Allah.
Akan tetapi yang pasti ia ingin mendekat kepada Allah.
"TAK YAH BERTUDUNG KALAU KELAKUAN MASIH PENUH MAKSIAT!"
Nah..
Ini kalimat yang menyesatkan.
Serupa dengan ajakan syaitan.
Yang baik diperlihatkan buruk.
Yang buruk diperlihatkan baik.
Bertudung itu adalah untuk memperkukuhkan jati diri.
Melindungi kehormatan dan kemuliaan yang tak akan terganti Kelak.
Tudung menentukan pasangan hidupmu.
Kerana wanita yang taat sangat berhak berhak merpeoleh pasangan yang taat.
Itu janji Allah.
Bukan hanya pemanis kata-kata tanpa makna..
Tudung itu adalah penjaga diri bagi lelaki yang jahat.
Dan tudung adalah perhiasan terindah bagi lelaki yang taat.
Kenapa mesti bertudung?
Kerana itu adalah perintah-Nya.
Kerana itu akan melindungi wanita dari lelaki yang suka maksiat..
Maka fikirkanlah dan SELAMAT BERAMAL :)
#Bidadari #KonvensyenBidadari #TheBidadari
31 Ogos & 01 September 2013 - www.thebidadari.com | Facebook Konvensyen Bidadari Dunia
No comments:
Post a Comment
kamsahamnida reader-ssi ^.-