Sunday, 19 May 2013

Finishing School (Etika Sosial)

salah satu aktiviti 7 pillars yang wajib (mandatori) dihadiri oleh pelajar tahun 4 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk membolehkan pelajar bergraduasi. kalau tak cukup 7 pillars ni, tak pasal-pasal tak grad pulak. malu weh kalau tak grad sebab 7 pillars ni je. ngaa.

program ni dianjurkan oleh Pusat Kejasama Industri (CIC) dengan kerjasama Seketeriat RPS JHEPA, UniMAP. semalam, 18/5/13 dan hari ni, 19/5/13 dari lebih kurang pukul 9 pagi sampai 6.30 petang. sepatutnya program ni dorang buat tengah semester hari tu. dah hujung-hujung macam ni kacau budak final year nak setel final year projek (FYP) pulak. alasannya sebab PRU13 hari tu. ye kan je la. habis hujung minggu ni duk bertapa kat Dewan Kapitol dari pagi sampai petang. (=.=' )

finishing school ni pragram preparation untuk student sebelum menempuh alam pekerjaan. CIC upah consultant luar untuk bagi taklimat macam mana nak buat 'winning resume' dan cara-cara berkesan nak hadapi interview supaya boleh dapat kerja. Alang (trainer) cakap, peratusan student UniMAP yang dapat kerja tinggi. aku tak ingat berapa percent. pastu, dia cakap universiti yang dia suka datang untuk train student ialah UniMAP dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). sebab apa dua uni ni je? 1st sebab UniMAP punya student pandai bersosial. maksudnya bukan bersosial yang negatif tu. bersosial yang positif. ada sebab kenapa UniMAP ni di buat berterabur geografinya oleh naib chanselor (NC). ia adalah supaya student UniMAP tak kekok untuk bergaul dengan masyarakat. kalau universiti lain kat M'sia ni, semua duduk dalam satu tapak, student dorang mungkin kurang bergaul dengan masyarakat luar dalam kehidupan seharian. so, berkemungkinan dorang akan culture shock bila masuk alam kerja. jangan marah ea student uni lain. ni apa yang Alang cerita. aku ceritakan balik je kat sini. ngee. 2nd, sebab Alang pilih UPNM sebab student kat situ, disiplin nombor 1. dia cerita, contohnya kalau dia datang nak bagi talk pukul 9 pagi, student UPNM tu dah ada dalam bilik/dewan tu sejak pukul 8.30 pagi lagi. awal kut! eleh, aku pun datang awal jugak apa 2 hari ni. nak jugak menang. haha. tu la sebab-sebabnya kenapa Alang pilih 2 uni ini sahaja daripada banyak-banyak uni kat M'sia ni. 

Alang cerita banyak. tapi aku tulis sikit je kat sini. kalau aku tulis semua, jenuh (baca: jemu) korang nak membacanya. Alang cerita seronok. tapi kalau aku tulis kat blog, hambar la sikit kut sebab tak ada selingan jenaka dan bahasa badan yang lagi berkesan kalau nak sampaikan satu-satu benda yang serius (penting) ni. okeylah. sampai sini dulu aku merepek untuk hari ni. nanti kalau lapang-lapang aku update pasal 'winning resume' + cara-cara interview berkesan (bonus soalan-soalan yang biasa ditanya waktu interview dan cara nak jawab dengan bagus).



N.A.M.I notes: haila. report FYP oh report FYP. malam ni bersengkang mata lagi la nampaknya. esok kena submit dah (lewat dah ni sebenarnya)! pshOOooo~ (menghilang lari pi buat report)


No comments:

Post a Comment

kamsahamnida reader-ssi ^.-