Tuesday, 5 July 2011

Kpop VEVO?

hahah..masuk mood kpop kejap..
pergh..baru aku tahu yang 4Minute kpop girl group tu ada youtube vevo!
ingatkan artis-artis US dengan UK je yang ada..
setakat yang aku cari dan yang aku jumpa ini lah antaranya : WonderGirslVEVO, 4MinuteVEVO, BigbangVEVO dengan KaraVEVO..
bagi aku, bagi aku la, kalau artis selain dari US or UK yang ada VEVO ni memang hebat la..
tapi..
tapi..
tapi lagi HEBAT ALLAH S.W.T... (=

sementelah kebosanan duduk rumah tak buat apa-apa, dan untuk menikmati serta membuat pengisian semasa cuti-cuti nih, moh le kita layan MaherZainVEVO jom! lagi best! ;)
(ayat tunggang langgang..aci redah je aku nih.. XD)



Saturday, 2 July 2011

Transformers 3G-Boom!!!

ktm problem pulak!
macam tak sempat je nak sampai sebelum 2.15!
otoke!
3G??!! lol! argh! nyorok-nyorok!
transformers best!
heroin dia tak best!
3D tak macam 3D sangat sebab duduk paling paling paling depan!
sizzling telor empat!
bowling: pinky versus blacky; loser: chocotop empat please!
finally winner's treat! huh?!
big apple, yummy!
mph: getaran jiwa satu!
jom balik!
"alamak, sampai rumah tengah malam la ni!"


part time job:
;
pinky: 116H 564 , blacky: A1 X24
 
putus fius.

lollipop.

recycle hp campaign.
yummy!

"hmmm..nak balik dah ni.."


p/s: keselesaan dalam berselipar.


Friday, 1 July 2011

Say 'NO' to LEGGING!!!!


Kempen LeggingPakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.

Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.

Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.

Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar-gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.






update 05/07/2011: blog 'ini' yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/. sebarang kekeliruan amat dikesali.


Wednesday, 29 June 2011

"A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th."

FINALY!!!
aku jumpa jugak short movie yang Hlovate bagi tau dalam Contengan Jalanan.. ^___^
pernah gak cuba cari short movie ni dengan link yang Hlovate dah letak kat blogdrive dia dulu..
tapi link tu problem lak tak boleh nak buka..
then tadi try google-google..
dan akhirnya membuahkan hasil..
usaha escalator kejayaan! bzzz.. XD *kalau bab-bab belajar tak pulak usaha sampai macam ni..ngee..*
so aku nak share kat blog aku ni untuk peminat-peminat Contengan Jalanan yang sangat-sangat nak tengok..





By Sami Haque
Producer: Sami Haque & Hasan Shaikh
Type: comedy/drama, 24mins
Director: Ross Heran
Language: English

the 11th hour: “A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th.” (very interesting video about one man finding his faith and its place in his life)



Tuesday, 28 June 2011

Kau Ilhamku

+16°000 b600000063 d 1863164 /- 51663≤93
516(+ A81 x95 81695
(165+19 516635+63 /- 5/6 ^1)5
41xR e91/581 00000064 A)H

111216138 27H 51 516punca19 x95 dY5
Ax 816Rd8 Ax c6R
e18H b600000063 A0000002 416 (165+19
17°5 8cH 81 '1punca486 

e≥686 81 5166punca1° +Y636 27H51
e≥686 81 5166punca1° 1/2Y9 121663651
5'48618H 0
'6xi 1831 e- 5166336331 !2636 ≤12451
82 11<1518 0
118xR 51650° /000000 d A(166 e-
82 e91/581
82 e91/581


resort 20110611



Saturday, 25 June 2011

Metallica - One



Metallica - One
 
I can't remember anything
Can't tell if this is true or dream
Deep down inside I feel the scream
This terrible silence stops it there

Now that the war is through with me
I'm waking up, I cannot see
That there's not much left of me
Nothing is real but pain now

Hold my breath as I wish for death
Oh please god, help me

Back in the womb it's much too real
In pumps life that I must feel
But can't look forward to reveal
Look to the time when I'll live

Fed through the tube that sticks in me
Just like a wartime novelty
Tied to machines that make me be
Cut this life off from me

Hold my breath as I wish for death
Oh please god, wake me

Now the world is gone I'm just one
Oh god, help me

Hold my breath as I wish for death
Oh please god, help me

Darkness imprisoning me
All that I see
Absolute horror
I cannot live
I cannot die
Trapped in myself
Body my holding cell

Landmines has taken my sight
Taken my speech
Taken my hearing
Taken my arms
Taken my legs
Taken my soul
Left me with life in hell





lagu ni aku terjumpa masa baca contengan jalanan.
interesting!
dengan background cerita lagu ni yang membuat aku curious dan excited nak tau.
so aku pun dengan gigihnya cari lagu ni kat youtube. XD
video lagu ni menceritakan sebuah kisah benar mengenai seorang askar pada zaman Perang Dunia Pertama.
kalau nak tahu lanjut boleh google sendiri la ye. :)


p/s: "the man who decided to change on the 12th died on the 11th". Allahuakbar! kat mana nak cari cerita 'the 11th hour' tu ea?


Thursday, 23 June 2011

605+0 0H 605+0

sejak aku join mokhdar ni, kegilaan berbual dengan menggunakan nombor semakin menjadi-jadi..heheh..
fasi-fasi senior pun kata fasi-fasi junior batch aku ni taksub dengan nombor..haha..
dekat wall facebook tu pening dah tengok nombor banyak-banyak..
kalau member yang tak faham tu, ingatkan aku tulis kod rahsia..
padahal cuma ayat biasa-biasa je.. ^^~

dulu sebelum join mokhdar, tengok wall member yang bertulis-tulis nombor ni naik menyampah..
sekarang suka gila!
jadi fanatik.. XD
kalau korang tak percaya, cubalah join program ni..
program ni boleh disertai dari seawal umur enam tahun dan ke atas..
sangat bagus untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar terutama dalam bidang matematik dan sains..
dan sudah terbukti dengan testimoni-testimoni bekas peserta mokhdar yang pernah mengikuti program ni yang berlangsung selama seminggu..
kalau nak tengok testimoni-testimoni tu atau nak keterangan lanjut boleh ke website mokhdar di http://www.mokhdar.com/

haih..sempat lagi aku promote mokhdar kat sini..haha..
nak buat macam mana..
program ni memang sangat best!!
*thumbs up*


- ^___^v  V-Boom!!! -



p/s: cuti semester bulan sebelas ni macam tak boleh nak join je..sigh );..plus rindu kamu-kamu budak-budak V-Boom!!! ^:63 816T4 816T4..degree612 1871 1871..512H812H8..xoxo..


Sunday, 19 June 2011

Cekgu?

tak pernah aku bermimpi nak jadi tenaga pengajar..mak aku selalu suruh aku jadi cikgu..tapi aku selalu cakap aku tak minat..tak pun suruh jadi nurse macam mak ngah aku..sebab masa lepas SPM hari tu,berlambak tawaran sambung belajar dalam bidang nursing..tu pun aku kata tak nak.. :)

tapi bermula cuti sekolah hari tu, 29/05/2011 hingga 11/06/2011, aku jadi fasilitator a.k.a tenaga pengajar di country homes rawang..under fvvoeight consultancy untuk kem kaedah mokhdar..sebelum ni kawan aku tu pernah offer masa cuti semester sebelum ni..tapi masa tu tak berminat..macam-macam alasan keluar..tak minat mengajar la..tak pandai mengajar la..last-last terima gak offer dia tuk jadi fasi time suti semester kali ni..untuk sepanjang cuti sekolah la sebabnya program ni hanya berlangsung pada musim cuti sekolah je..

so, bermula la tugas aku sebagai fasi..kat program tu student panggil  fasi-fasi yang mengajar sebagai cikgu..secara tak rasminya aku dah dapat title 'cikgu' walau pun bukan mengar di sekolah..kat sana, baru aku dapat rasa betapa susahnya tugas sebagai cikgu nak mendidik anak murid..dengan macam-macam ragam..fuh..tapi nasib baik jugak la sebab aku mengajar student sekolah menengah..mugkin senang sikit nak handle berbanding mengajar murid sekolah rendah..

masa minggu pertama program, rasa nak give up..tak nak sambung dah untuk program minggu kedua..tak larat dengan kerenah student..mungkin jugak baru nak menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang baru..dengan baru nak kenal kawan-kawan sekerja..so, agak pressure di situ..tapi bila masuk minggu kedua, rasa seronok! dah tau flow program macam mana..then, dah okey dengan member sekerja..kurang tekanan..tu yang jadi seronok..lagi-lagi dapat member yang gila-gila..hope dapat join program ni lagi untuk cuti semester yang akan datang..rindu dengan suasana sepanjang program berlangsung..duduk rumah kebosanan pulak.. :(


p/s: keepin up the connection..cayalah korang! :D

Monday, 13 June 2011

kuasa dua sembilan puluh lima kuasa dua titik bertindih enam puluh tiga

ayy oi..
assalamualaikum w.b.t..(:
cuma nak bagi tau kepada peminat hlovate, yang rindu dengan karya hlovate macam aku ni, boleh la dapatkan contengan jalanan di pasaran sekarang!!!
mungkin aku terlambat kot..
tapi aku nak share gak..haha..
kejakunan terserlah sebab lama tak beli novel tu satu..
lagi satu kerinduan dengan novel hlavate terubat sudah..
^^~
kalau yang masih tak berkesempatan nak keluar beli contengan jalanan ni, boleh baca novel online dia kat blog hlovate sendiri [tekan sini]





p/s: banyak yang aku nak conteng kat blog aku ni..tapi tak terluah dengan ayat..haha..



Monday, 11 April 2011

Satisfaction

sebanyak mana kita tak puas hati dengan orang lain,
banyak lagi yang orang lain tak puas hati dengan kita..
setiap manusia ada kelemahan..
tiada manusia yang sempurna dari semua segi selain Allah..


sekadar hiasan. dipetik dari kosmo online.



Saturday, 26 March 2011

DIA di hati kita

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita." 

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...




Thursday, 24 March 2011

cure 4 da itch #3

Ya Allah
Engkau kenalkan bahawa Engkau
Adalah Tuhan
Aku bangga
Ya Allah
Engkau adalah Tuhanku

Aku sembah Engkau selalu
Tidak jemu-jemu
Janganlah masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMu

Ya Allah
Aku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redhaku selainMu
Aku harap Engkau juga redha denganku
Redha meredhailah kita berdua hingga bertemu

Ya Allah
Aku berlindung dengan Engkau
Daripada berTuhankan selainMu
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia

Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki
selainMu
Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki
selainMu

Tuhan kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintaiMu
Tapi tidak benci
Walau pun begitu jangan pula
Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi

Dengan rahmatMu Tuhan anugerahkanlah 
Rasa cintaku kepadaMu
Dan juga cintaMu kepadaku
Ku harap kita cinta-mencintai

Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan


credit pix


Cinta-Mencintai
Mawaddah





Wednesday, 23 March 2011

Semua kerana CINTA

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.

Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?

Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.

Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.

Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.

Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional. Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Apa yang disukai ibu bapa, ia juga disukai ALLAH. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.

Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH.

Ingatlah, jodoh kita ditentukan di Luh Mahfuz. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.


Sunday, 20 March 2011

Projek

risau risau risau!
kalau aliff aziz dengan joanna nyanyi 'maka kita tak selalu risau risau risau'
tapi aku kena selalu risau..

ini semua pasal mini projek..
haih..
orang lain dah ada flowchart, coding semua..
tapi aku tak ada apa-apa..
baru nak mula..
baru nak fahamkan tajuk..
tapi tak faham-faham juga..ngaa..
yang ada cuma bayangan..
yang belum tentu betul ke tidak..
ika!! macam mana ni... ;(

semalam ada try search 'rms meter'..
result yang keluar banyak..
eh, memanglah banyak..adeh..
cumanya yang berkaitan tu macam tak ada je..
tak tau la kalau aku yang tak pandai cari..heh..

okey lah..
mau buat itu mini projek..
cincai-cincai dulu la..
janji ada..
nanti kalau nak tanya lecturer ke, tak ada la datang tanya kosong-kosong tak ada apa-apa..
kot-kot la dia baik hati terlebih nak tunjuk kena tambah-tambah atau kena ubah ke..
ngee..



Wednesday, 16 March 2011

Menarik? tak lah..




maaf..
lama tak update..
kalau update pun belum tentu ada orang baca.. :)
so bila tak update takkan ada orang yang perasan mungkin..

sekarang ni suka jalan-jalan ke blog orang saja..
suka jadi silent reader..
kadang-kadang teringin nak tinggal komen atau jejak..
tapi malas dan malu.. XD
takut pendapat yang diutarakan salah atau tak logik..
ngaa..
mesti korang kata, 'apa yang nak dimalukan..komen jer la..'..
ngee..
kalau berani tinggal komen pun hanya di blog kenalan saja.. ^^~

faktor ini mungkin yang menyebabkan blog aku sunyi dari komen..
walau pun aku punya ramai follower..
mungkin korang just datang, baca, dan berlalu..
okay..
fair and square sebab aku pun suka buat macam tu..heh..
aku pun tak harap sangat orang komen bagai..
ngaa..

blog ni asalnya aku buat secara terpaksa..
kemudian bila aku tengok masa aku awal-awal masuk unimap, member-member sekolah menengah dulu ramai pula yang join berblogging ni..
semangat berblog tetiba muncul..
then ada pula member sekelas kat sini ada blog..
si ida..
makin seronok pula berblogging.. :)
tapi mood untuk tulis entry tu sekejap ada sekejap tak ada..
macam chipsmore.. ;p
tapi itulah lumrah biasa bagi blogger..
bak kata Ilham Fiq Ahmad dalam entry bertajuk Apa Perlu Dibuat Bila Malas Tulis Blog
dan bila datang mood rajin, hari-hari boleh update..



p/s: terima kasih pada yang sudi datang dan singgah dan tinggal jejak..nanti datang rajin,aku jejak balik dan follow kalau blog best..ahaxx..tak lupa juga pada yang sudi follow walau pun tak ada latest entry..gamsahabnida..annyeong.. ^^~










Friday, 25 February 2011

Serabut!

argh!!
bikin panas..huh..
semuanya di'filter'!!!
memang nak suruh kami ni jadi student baik-baik + nerd saja agaknya..
haih..
apa-apa yang ada kaitan dengan music, video, entertainment, anonymizer dan yang sama waktu dengannya tidak boleh dibuka!!!
isk..
sabar jer lah.. T_T

bak kata fara, 'daripada unimap ni habiskan duit buat filter, baik dia orang gunakan untuk upgrade speed ker..'
bak kata ida, 'unimap tengah nak promote kat student supaya beli broadband..'  :)))))
aku pula kata, unimap ni sedang mengajar student dia menjadi hacker..
kakakaka.. :p

benda ini sangat ridiculous!
nonsense!
tak patut betul mem'block' website-website yang remaja macam kami ni perlukan..
kami ni sedang belajar meng'explore' benda yang ada dalam dunia maya nih..
tapi semuanya disekat..
kalau macam tu baik tak payah ada internet..
sekali sekala kami perlukan juga benda yang berbentuk hiburan (erk, berliburan saja taunya..kalau diajak berlibur di majlis agama, banyak pula alasannya..kekeke..)..
untuk me'release' tension..
hiburan pun bukan lah hiburan sangat..
setakat nak cari cerita korea saje pun..heh..
tak pun cari lagu maher zain ker..haaa..
takkan la 24/7 suruh buka portal unimap je..
kalau macam tu memang albert einstein lar kami..
keh keh keh..









Sunday, 20 February 2011

Minggu Test Sedunia

erk..
tipu jer sedunia..
bajet international lah sangat..heh ;p..

okay..
start hari ni sampai minggu depan adalah minggu yang sarat dengan test..
untuk student-student UNIMAP la terutamanya..
kalau universiti lain tu tak sure pula..

courtesy atok google

hari ini, AHAD [20/02/2011], Communication Systems..
SELASA [22/02/2011] ni pula Microprocessor (yang ku cinta..wekss..)..
JUMAAT [25/02/2011], Analog Electronics II..
continue sampai minggu depan, hari SELASA [01/03/2011], Electromagnetics (killer subject..argh,semua killer..sigh..)..
cumanya Engineering Entrepreneurship jer yang aku tak berapa nak confirm..
sebab bertindih tarikh dan masa dengan Analog..
takkan  la nak bahagi badan ni jadi dua kut..huhu..

GUDLUCK rakan-rakan seperjuangan!!!!
InsyaAllah ameen..
^^~

















Friday, 18 February 2011

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,


“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya“Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata“pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)




found here.
asal sini.

gambar sini

























Wednesday, 16 February 2011

12 Rabiulawal/15 Februari



Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )





sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang dinyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:


BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

dipetik dari Ya Rasulullah


******


bersempena 15 Februari ni juga adalah hari ulang tahun kelahiran akakku.. 
ramai sungguh akakku.. :)
sungguh pun mereka-mereka yang aku gelar 'akakku' itu bukan kakak kandung, tapi aku dah anggap mereka macam kakak sendiri..
iye la..orang tak ada kakak kan..
tumpang kasih sayang mereka-mereka akakku itu..
hehe..
luahan perasaan pula.. :p

selamat hari jadi kak shida!!!
semoga Allah merahmati kamu..

ok, cut!!! hehe..posing jep lebih..heh ;p

indahnya hari lahirmu akakku tahun ini kerana berkongsi tarikh yang sama dengan Maulidur Rasul.. ^^~
semoga diberkati hidupmu..
semoga dimurahkan rezeki..
senyum selalu.. =)
sayang akak banyak-banyak..
-xoxo-