Friday, 1 July 2011

Say 'NO' to LEGGING!!!!


Kempen LeggingPakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.

Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.

Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.

Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar-gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.






update 05/07/2011: blog 'ini' yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/. sebarang kekeliruan amat dikesali.


6 comments:

  1. herm aku sendiri pn x ske pakai legging. Bagi org legging tuh tutup aurat, bg aku tu tutup urat ade la.huhu kadang2 aku nak aje sound pompuan yang pergi dinner pakai gaun pah tu pakai legging. Macam ape. lg satu aku pelik, tak rimas ker pakai menda yang betul2 melekap kat badan? dah macam swimsuit da aku tengok.hahahaha

    ReplyDelete
  2. aq pon pelik..cne dorg pakai baju yg btol2 fit ngan bdn ha?x ssh ke?
    pakai gaun ngan legging tu satu, yg pakai inner pastu pakai gaun yg x dek lgn lgsg,yg cume tutup breast ke bawah..lagi pelik..

    ReplyDelete
  3. comel kot.bagi depa la. bagi aku cam naharomm! hahaha weyh resepi ko nak aku da post kat blog.lols

    ReplyDelete
  4. haha..baju yg dah sedia ade elok berlmbk kot..
    okeyh..thx babe..ngee..

    ReplyDelete

kamsahamnida reader-ssi ^.-