Sunday, 25 July 2010

Dari Hawa Untuk Adam

Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga
dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak
hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu diakhir zaman, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka
tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.terasa berat
pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku danTuhanmu. Tapi
Adam, nyata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku
telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap
di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti
di tutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam, mengapa kau biarkan aku
begini?

Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru
kepada anak-anakmu. . Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Adakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata
jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
yang tidak pandai mengajar!

Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam....

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-
pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah
aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu!!

Dari itu Adam pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku..




p/s: ah,aq rindu nk gurau2 ngan ko ikan buntal.. ;(

No comments:

Post a Comment

kamsahamnida reader-ssi ^.-