Friday, 4 June 2010

Sifat Wahan [al-Wahn]..

credit to capiq sebab share benda baik ni dengan aq..
^___^
so sekarang aq nak kongsi sama2 dengan korang semua pula..


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian.""



aq rasa dulu2 pernah juga dengar cerita ni..
tapi aq dah x ingat sangat..
hehe..
so,bak kata capiq, 'kita dah disuntik dengan sifat wahan. meh buang sama2 meh...!'
;D

No comments:

Post a Comment

kamsahamnida reader-ssi ^.-