Into My World

Tuesday, 1 April 2014

bank kuasa


haih. nak menyesal pun dah tak guna. duit dah burn. ini bukan april fool..ini betul-betul... TT.TT
sampai memang sampai. semalam, sampai abang skynet tu sesat-sesat cari rumah aku. tang tu memang baguih dah la. tang barang dia pulak tak baguuuiiih. grrr.. ceq rasa macam ceq dah kena tipu cik kiah ooooiii. pasai pa pulak la bank kuasa (baca: power bank) hat ceq beli kat mydeal, charging telefon bimbit (baca: handphone) ceq cuma berapa minit, dah berhenti cas. pelik sungguh >,< bukan nak kata mydeal tak bagus. cuma aku yang salah pilih barang nak dibeli kat situ agaknya.

that mr green yang goda saya suruh beli dia. huaaa

aku laaa. geram tau. geram. aku pun google la pasal bank kuasa ni. dah beli barulah nak google aku nih. haih =,=. menyesal dahulu pendapatan. banyak artikel yang aku baca suruh hati-hati kalau nak beli bank kuasa daripada internet. sebab banyak yang menipu weh. ada yang kata kalau bank kuasa yang besar-besar kuasanya contohnya sampai 10000 mAh ke atas, sebenarnya tak sampai banyak tu pun. ade yang cuma diisi dengan pasir bagi berat pun ada (baca lanjut di sini). lepas tu dorang suruh hati-hati dengan yang 'dikilangkan di China'. tak boleh percaya sangat. memang tak boleh percaya pun. kalau nak beli, dorang suruh beli yang betul-betul ada jenama biar mahal. asal tak kena kelentong.

nak pumpang-pumpang pun dah terlambat. aku memang tak pandai beli barang elektronik sendiri kot. lepas ni kena lebih berhati-hati. hati ni haila.. cepat sungguh tergoda dengan barang-barang yang fancy-fancy kat internet nih. naya sungguh.

termembebel pulak di hari pertama aku bekerja. stress sebab datang kerja tak bersedia mental dan fizikal mungkin. menganga je datang sebab benda yang manager ajar, semua aku dah lupa. pulak tu tak buat revision balik. memang horror la kau ni nawal. tambah-tambah kerja yang aku buat sekarang ni, adalah subjek yang aku tak bagi perhatian sangat waktu belajar dulu. huhu. nasib badan. harap-harap aku boleh tanam minat nak buat kerja-kerja yang sungguh kuat (baca: tough) ni. kenapa la aku nak jadi engineer sangat hari tu. haih. aku pun tak tahu.


"Dan (ingatlah) kamu sama sekali tidak akan dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam".

(At-Takwir 81: 29)




Sunday, 30 March 2014

Cobaan


"Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Oleh sebab itu, musibah dalam bentuk apa-apa pun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya, akan membersihkan karatan jiwanya, dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha."

(Ibnu Qayyim)



*ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.. Semua pertemuan di antara sesama manusia telah ALLAH atur sebelum kita wujud di muka bumi ini lagi.. { Bercinta Selepas Nikah }



Saturday, 22 March 2014

I am Only Human


always ends the conversation with ayat emotional.
childish me.
the stupid me is repeating the same old mistakes.
yes, i am only human.

forgive me Allah.



~verily after each difficulty,there's a relief.. ;D~