Saturday, 29 June 2013

3 SEBAB PROTON SAGA SV MEMENUHI KEHENDAK INDIVIDU MACAM ANDA:-

 

1. MAMPU DIBELI DENGAN HARGA YANG TAK CEKIK DARAH

Proton Saga SV memang kereta dengan harga yang paling mampu milik berbanding mana-mana kereta lain di pasaran! Lebih ramai lagi rakyat Malaysia (macam anda) yang boleh ada kereta mereka sendiri.
  • Hanya RM33,438 OTR
  • Atau, RM250/sebulan*
  • Atau, RM8 sehari!* 
* Tertakluk kepada terma & syarat
 

2. KOS SELENGGARA BERPATUTAN PULAK TU!

Proton Saga SV ada teknologi CVT. Sebab tu, penggunaan bahan api adalah lebih efisien = KOS RENDAH!


3. CIRI-CIRI TIP TOP & KESELAMATAN PUN KELAS PERTAMA

Lengkap dengan fungsi kelas pertama macam Beg Udara Berkembar, sistem masuk tanpa kunci (Keyless Entry Remote) dan banyak lagi! Serius puas hati.


sesuai la untuk yang baru bertatih-tatih masuk alam pekerjaan


klik sini -> http://sbm.protonsagasv.com/share/my/2960/3592375 untuk maklumat lanjut! due date around 2nd September 2013. jangan lupa klik! thanks guys. (;




nota HaeFy: belum kerja lagi TT TT. eottokke?



Hibernasi


thinking. | pic credit: as stated in the picture.


rasa macam nak hibernate+hiatus sekejap daripada orang-orang yang dikenali.

find a new life in a new place and meet new people.

then bila dah puas, datang balik bersama kejayaan.



Friday, 14 June 2013

klik klik 8share

aku tak tau blog aku masih ada readers atau tak. sebab dah lama sangat aku tinggal blog ni.
bila dah lama tinggal blog, so orang pun dah malas nak tunggu entry baru.
bila ada entry baru, dah malas nak baca.
kalau ada pun berapa kerat je. huhu.
al-maklum saja lah. aku cuma blogger picisan.
blog ni cuma tempat aku nak lampiaskan nafsu menulis aku walaupun sebenarnya tak pandai menulis.
kadang-kadang cuma membebel saja.
hahah.

fyi, aku ni pemalu jugak orangnya.
hikz.
sila muntah.



okey-okey.
aku sebenarnya nak share dengan kau orang satu benda ni.
baru-baru ni aku join 8share.
apa 8share tu?
'A private rewards club for social media users who like getting free stuff, earning extra cash every month & being the first to introduce something new.' - 8share Malaysia Facebook
kalau anda-anda semua tahu nuffnang, ha, 8share ni lebih kurang nuffnang la.
tempat kat mana anda boleh jana duit dengan hanya kongsi iklan.
jikalau nuffnang kita kena pasang iklan di blog, 8share kita kongsi iklan merata di laman media sosial lain seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Google +, dan macam-macam lagi.
kalau tak ada blog pun tak apa. sebab medium utama dia adalah selain blog.
janji ada laman media sosial macam yang aku mention sebelum ni.
SEMAKIN ANDA RAJIN KONGSI, SEMAKIN LUMAYAN PENDAPATAN ANDA AKAN DAPAT.
hehe.
masuk hipotesis ala-ala saintifik la pula. ;D

macam mana aku boleh jumpa, tahu dan join 8share ni.
aku start join 8share ni lepas aku baca entry PAK CEK BIOLA, http://kringg.blogspot.com/2013/06/rezeki-dari-8share-kebaikan-8share.html
tertarik dengan kebaikan-kebaikan 8share yang PCB ceritakan, aku cepat-cepat daftar.
harap-harap ada rezeki aku dengan 8share ni.
kongsi-kongsi iklan ni tak salah pun.
janji betul caranya.
jangan langgar syarat-syarat yang ditetapkan sudah la.
untuk student yang dah nak pencen macam aku ni, boleh la nak buat side income (hobi) dengan 8share ni sebelum aku kerja kat mana-mana yang offer gaji yang lebih lumayan. heheh.

jom join sama-sama jana duit.
sila klik sini untuk maklumat lanjut ->http://bit.ly/Zov11l


nota kaki: terima kasih silent readers sekalian yang sudi baca blog picisan ni. ^^~


Wednesday, 12 June 2013

130612, 01:06:37

dapat satu berita.
berita baik! (=
dah melangkah setapak ke hadapan.
tapi sayang tak dapat nak sama-sama meraikan. sebab belum tamat peperiksaan! haila.
hanya ucapan sebagai gantian.
dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan.
dan juga, semoga berkekalan! sampai ke hari pernikahan!

i'm happy for you! ^^~
thanks sebab tak lupa kat anakmu ini.
hehe.
sayang ibu!




nota kaki: haha.excited terlebih pulak aku. ;p



Sunday, 9 June 2013

XOXO (Kiss&Hug)

EXO. "We are ONE!"

start sipi-sipi mengenali group kpop ni asalnya waktu SBS Gayo Daejun 2011. Chen, Luhan, Kai dan Tao yang buat persembahan dengan group SM TOWN yang lain. tapi identiti tak reveal pun. masa tu SM Entertainment masih sorok-sorok lagi identiti mereka-mereka ni sebab belum officially debut. dorang debut rasmi april 2012 few months lepas gayo daejun. dan aku pula betul-betul start dengar lagu debut dorang, 'MAMA', awal tahun ni. layan gayo daejun SBS dengan MBC 2012 punya pasal, lepas tu EXO asyik main lagu MAMA tu je (biasa la tu kalau music festival akhir tahun kat Korea. 3 stesen buat music festival, tiga-tiga stesen main lagu sama beza cuma baju dengan style persembahan). dua tiga kali dengar, masuk pulak dengan selera aku. mula-mula rasa berat jugak lagu ni. lama-lama best pulak. 

so aku pun start search music video (MAMA, History, What Is Love), variety show EXO-M & EXO-K, segala interview-interview dorang semua aku tengok dan download. research background dorang semua. kalah aku buat research FYP aku. keke. rasa attached dengan group ni lepas tengok semua video-video tu. walaupun dorang tu awkward je (sebab budak baru belajar), tapi entah, boleh pulak aku layankan. haha. lagi satu, mungkin jugak sebab group ni 90-ers. so rasa macam tak jauh gap dengan umur aku. sebenar-benarnya crush dengan leader EXO-M. keke. hensem kut. paling hensem la gua cakap dia dalam group yang 6+6=12 orang tu. kalau tengok gambar yang kat atas tu yang mamat nama KRIS. kat bawah ni pun aku letak gak. besar sikit. ;D

My Bias. ganteng kan? | source: EXO - Kris Facebook

kalau dah minat sangat tu, haruslah aku muat turun secara tak sah full mini-album dorang kan. ngee (ye la, mana la aku mampu nak beli yang original punya sementelah aku ni cuma student je. time tu la sebab duit kering dah. kalau ada, lama dah aku beli. XD ). korean dan mandarin. dua-dua bahasa tu aku bantai download walaupun lagu sama je. cuma berbeza bahasa. EXO ni macam yang aku bagi tahu kat atas terbahagi dua. M & K. 6 orang M, 6 orang K. M promote Mainland China (include Taiwan), K promote kat Korea. lepas dengar lagu-lagu dalam mini-album tu, bertambah jatuh hati aku. vocal sedap, menari best. mantap! memang tak rugi la SME labur untuk debut 12 lagi orang baru ni. populariti dorang memang dah sama taraf dengan senior-senior dorang aku rasa. even lebih lagi pada pandangan kasar aku. buktinya, untuk full length album EXO yang baru release 3 Jun 2013 yang lepas, dah 100k + dah dijual. break record album Mirotic TVXQ senior dorang tu. itu belum dengan berita pre-order album yang cecah 300k. oh ye, untuk album XOXO, dorang promote as EXO. tak pecah-pecah. tapi album still ada madarin version (Hug ver.) dan korean version (Kiss ver.).

fanbase: EXO-Malaysia Facebook 130608

eh, dah tercerita panjang pulak. haha. asalnya aku cuma nak cerita yang aku dah 'ter' beli album baru dorang. tunggu nak sampai rumah je. hiks. oleh sebab semester ni sponsor masuk duit untuk batch 09 lambat daripada batch lain atas kesilapan teknikal, so bekalan masih ada lagi. memang dah plan pun bila tahu EXO nak keluar album dalam masa terdekat. jadi aku simpan awal-awal. ahaha.

album cover | source: k2nblog



mv Wolf ni adalah title song untuk album XOXO. kalau nak dengar full length album, boleh dengar kat sini. bagi aku, semua lagu dalam album tu best! sebab tu aku berani beli album dia. group lain pun best jugak. cumanya, entah. aku excited sangat dengan group EXO ni. teringin jugak nak beli group lain punya macam BIGBANG, SHINee, Super Junior, 2NE1. tapi tunggu aku kerja dulu la kut. c(=


gambar teaser yang dah selamat jadi poster kat meja stduy aku dapat daripada epop malay.



nota kaki: erk, time-time exam pun sempat lagi aku nih update pasal retis (baca: artis) kpop. siap bragging bagai. maaf ye kalau tak lalu nak membacanya. layan keterujaan ni sorang-sorang. haruslah cerita kat blog je kan. ahakz :D


Thursday, 6 June 2013

mo.no.log.?

SIII Mini. source: Google


nak jugak sama macam orang lain.
orang sibuk pakai smartphone, kau pun nak pakai jugak kan nawal?
lah.
membazir je weh.
duit pun tak de ha.
nak beli macam mana?
nak bayar pakai apa?
daun?
kertas?
kau tu bukan ada orang nak telefon atau mesej pun.

sunyi.

rasa macam tak nak datang time konvo nanti.
cik hasnah pun tak ada time tu.
cik nak ikut!!
nak jumpa Donghae dengan Kris live boleh?
nak belajar dan main snowboard time musim sejuk.
rasa nak duduk sana terus.
boleh?

source: Google

berangan!
kerja kumpul duit dulu weh.
eh, kau tu dah lah pemalas.
boleh ke kerja?
jap lagi, habis semua kerja kau tangguh.
haila.

ah, tak sabar tunggu EXO XOXO sampai rumah.
bila nak habis exam ni???!!!
nak duduk rumah.
sorang-sorang pun tak pe.
at least dekat dengan family.
hurm.